Connect with us

Entertainment

“MasyaAllah, silaturahim tetap terjalin” – Netizen

Published

on

‘Perginya’ pasangan hidup ke alam abadi bukan bermakna hubungan dengan mertua dan keluarganya turut tamat dan terpuutus begitu sahaja. Tambahan pula ada penyambung zuriat hasil perkahwinan, sudah tentu hubungan kekeluargaan harus terus dikekalkan. Itulah yang berjaya dibuktikan isteri kepada pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga penyanyi Ind0nesia terkenal, Bunga Cinta Lestari (BCL).

Bagi pengikut dan peminat BCL pasti maklum biarpun sejak ‘pemergian’ Ashraf pada 18 Februari 2020 akibat seerangan jantung, hubungannya dengan keluarga Sinclair tidak pernah renggang.

Apatah lagi biarpun BCL sudah mendirikan rumah tangga dengan pengganti Ashraf iaitu Tiko Aryawardhana pada hujung tahun lalu, keakraban mereka tetap terjalin.

Makna kata, dalam kesibukan BCL sebagai pelantun terkenal di negara seberang, silaturahim antaranya dengan keluarga mertua di sebelah Ashraf sangat utuh.

Lihat saj4lah pertemuannya dengan famili Sinclair yang terbaharu ini. BCL bersama anaknya, Noah Aidan dan Tiko turut bersama, pastinya pertemuan yang sungguh bermakna.

Manakala di sebelah keluarga Ashraf kelihatan ibu dan bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman, kakaknya, pelakon dan model, Aishah Jennifer serta anak beranaknya.

Agak menarik perhatian netizen ialah kelibat adik Ashraf, Adam Youssof yang terlihat saling tak tumpah seperti arw4h abangnya. Ramai juga yang memberikan respons di ruangan komen.

Ya.. sekali pandang memang lelaki yang juga suami kepada penyanyi tempatan dan antarabangsa, Yuna Zarai itu persis seperti arw4h Ashraf. Dapatlah peminat melepaskan rindu ya…

Apa pun hubungan keluarga mereka yang erat ini mengundang sebak. Apa yang dapat dibuktikan jarak antara dua negara bukanlah halangan pertemuan mereka bukan…

“MasyaAllah… Silaturahim tetap terjalin”, “Mama papa alm. pasti mertua baik hati bgt ini”, “MasyaAllah tetap menjaga silaturahmi dengan keluarga alm. Tapi emang noah kan gimanapun tetep ada hubungan d4rah sama orangtuanya alm ashraf. Mas tiko semoga menjadi imam yg baik buat BCL kelak yaa”. Itu antara komen netizen.

Sumber: IG BCL

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending