Connect with us

Entertainment

“Mcm seri ibu mengandung”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 122873188e14aa5d0b732dbd4bf32461

Sekitar bulan Jun yang lalu salah seorang anggota kumpulan K-Clique, iaitu MK telah sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin. MK atau nama sebenar beliau Muhammad Hairi Amin Hamdan merahsiakan hubungan beliau dan isterinya itu selama hampir empat tahun lamanya sebelum mereka berdua bergelar pasangan suami isteri.

Sebagai info, Siti Hajaar Syeikh Nordin merupakan anak tiri kepada pelakon Datin Seri Noniswara. Pelakon berkenaan mendirikan rumahtangga dengan bapa Siti Hajaar iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Mediapuyu.com 9e77f3f7a610d5488788cfc7378085ef

Setelah berkahwin, gelagat pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian para netizen. Memandangkan Siti Hajaar merupakan seorang yang senang terhibur, menjadikan MK sering menyakat dan bergurau senda bersama isterinya itu.

Netizen berkata sekarang mereka lebih suka melihat wajah Siti Hajaar berbanding MK. Netizen berkata sekiranya Hajaar berada bersama MK di dalam satu gambar, gambar tersebut pastinya akan lebih menyerlah.

Mediapuyu.com F2a42353767dc3a2eae7f013f989c09f

Selain memiliki wajah yang jelita, sikap lemah lembut dan sopan Siti Hajaar menarik minat netizen untuk mengikuti perkembangan isteri MK itu dengan lebih dekat.  Isteri MK itu juga menjadi inspirasi kepada para wanita pada masa kini.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram MK, penyanyi berkenaan memuatnaik satu video beliau membuat aktiviti berkongsi rezeki kepada orang ramai bersama isterinya.

Pasangan suami isteri tersebut juga merupakan duta kepada produk Berryfull. Di samping memberikan makanan kepada orang ramai, pasangan berkenaan juga turut mempromosikan produk kesihatan Berryfull tersebut dengan memberikan mereka pek percuma bagi menikm4ti rasa dan khasiat daripada produk tersebut.

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen berkata mereka gemar melihat gelagat MK setelah mendirikan rumahtangga bersama isterinya Siti Hajaar.

Wajah dan sifat lemah lembut Siti Hajaar juga membuatkan para netizen tertarik untuk menonton apa juga perkongsian aktiviti penyanyi tersebut bersama isteri kesayangannya itu.

Mediapuyu.com B2d17627690224c4b30fc01a4eb549ac

Tambahan pula, pakaian dan penampilan Siti Hajaar yang sangat sopan kerana sangat selesa dan suka memakai abaya cukup memberikan inspirasi kepada para peminat MK dan juga masyarakat.

Namun begitu, di beberapa sudut video berkenaan, netizen mengesan perubahan pada bentuk badan Siti Hajaar dan menjangkakan isteri kesayangan pelantun lagu Hidup Aku Bagai Mimpi itu kini sedang berbadan dua.  Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Mediapuyu.com 84465f6b2976273e9e1f5b74a7aa0fa4

Antara komen- komen netizen yang lain pula berkata mereka suka melihat Siti Hajaar yang sudah mula menjadi peramah dan kurang malu berbanding sebelum ini.

Siti Hajaar juga sudah bersikap lebih terbuka dengan perhatian yang di terimanya setelah berkahwin dengan MK. Tahniah sekiranya dakwaan netizen tersebut adalah benar. Semoga urusan pasangan ini di permudahkan nanti.

Sumber: ig hairiwhuut

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!