Connect with us

Entertainment

“Memang jodoh namanya, kalau tak tengok video ingatkan suara Dato tapi versi perempuan” – Netizen

Published

on

Setiap keluarga sudah pasti ada keistimewaan masing-masing untuk menjadi kebanggaan keluarga, cara mendidik dalam rumahtangga juga berbeza dan cara masing-masing, begitulah keluarga Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida.

Terlihat Datin mendidik anak lelaki dengan cara sama mendidik anak perempuan iaitu ke dapur agar senang dan selesa berada didapur kelak jika sudah berkeluarga.

Walaupun beliau ceria dan seorang yang mudah terhibur akan tetapi tetap tegas mendidik anak dan beliau juga mengajak anak bujangnya untuk memasak bersama-sama jika ada masa kelapangan.

Akan tetapi walaupun ia adalah sebuah didikan yang sangat berguna dan ia suatu contoh bahawa walaupun berada didalam keluarga yang senang akan tetapi anak dan masakkan dirumah adalah lebih sedap dan tidak selalu berbelanja diluar.

Melihat video perkongsian ini, terdengar jelas suara Datin seakan suara Dato bahkan sangat jelas jika tanpa melihat video itu sudah pasti tidak dapat bezakannya. Bukan sahaja suara akan tetapi mimik muka pun seolah sama sebiji seperti Dato.

Lihat perkongsian ini, sebenarnya memang kalau sudah berjodoh dan jodoh yang panjang sudah pasti memang semuanya hampir seiras dan sama sahaja. Apatah lagi tempoh perkahwinan mereka sudah lebih 10 tahun lamanya.

Sebenarnya memang jika semuanya seiras sudah pasti berjodoh panjang tapi kelakar bila dengar suara dan mimik muka memang sama dengan Dato jika tanpa melihat video itu memang ingatkan Dato. Memang pasangan yang serasi bersama.

Datin dan Dato memang pasangan yang serasi dan mereka sumber inspirasi kepada semua masyarakat dan jika dikatakan tentang perniagaan mereka antara yang berjaya. Ramai menjadi usahawan dek kerana mereka juga.

Pelbagai komen yang menarik pada perkongsian ini. Antara yang baiknya adalah mendidik anak lelaki juga ke dapur bukan sahaja anak perempuan, selain itu ramai terlihat dan kedengaran suara serta mimik muka Datin seperti Dato dengan sangat jelas. Lihat pelbagai komen mereka.

Melihat anak Datin, iaitu anak sulungnya Ammar, ramai yang suka akannya bahkan sikapnya yang sopan santun dan lembut orangnya membuatkan ramai suka apatah lagi anak yang baik.

Sumber: ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending