Connect with us

Entertainment

“Memang rare betol, biasa org tayang kereta pakai reben tp ni owner pakai reben” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 199e9f8ecbae16f081c696aa31c9405d Scaled

Penyampai radio Suria, Sharifah Shahirah antara selebriti yang popular dengan gelagat lucu beliau. Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Sheira atau Kak Rara sering menjadi kesukaan ramai peminatnya dek kerana celotehnya. Dengar sahaja suara Sheira berkumandang di radio, ada sahaja kata-kata beliau yang cukup mencuit hati.

Kerjaya beliau sebagai penyampai radio juga telah membuktikan bahawa ramai pendengar radio Suria minat dengan celotehnya. Sheira ternyata telah menghiburkan ramai pendengar radio Suria setiap hari.

Mediapuyu.com Dbb1d985db50f6c3409e238382e93567

Setelah 14 tahun menjadi penyampai radio di Suria, rezeki Sheira akhirnya dapat memiliki kereta idaman beliau yang terbaru.

Sheira telah berkongsi foto beliau bersama kereta baharu miliknya menerusi posting di Instagram.

Mediapuyu.com 93fd7cdcd59a6aaae2c80c2c63ab43f3

Posting Instagram dimuatnaik Sheira telah mencuri tumpuan ramai netizen apabila melihat foto Sheira memakai reben yang bersaiz besar yang sepatutnya diletakkan di atas kereta baharu miliknya.

Melihat gelagat lucu Sheira tersebut, ramai netizen sempat mengusik Sheira menerusi ruangan komen. Jarang sekali ye kita lihat artis buat lawak rare macam Sheira..

Sheira juga telah menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya dan berita gembira itu telah dikongsi bersama peminatnya yang sentiasa menyokong beliau.

Mediapuyu.com F81affa6f1dc0bb5b098d4f5bd67aeac

Kereta baharu yang dimiliki Sheira berjenama mewah iaitu Volvo dan mempunyai nombor plat mengikut nama timangannya iaitu Rara.

Cantik dan mewah sekali kereta baharu milik Sheira.

Mediapuyu.com 8ec1743b1ab68e6fdcdd15d6a56338ce

Tahniah buat Sheira, bestnya dapat kereta baru. Memang cantik dan mewah ya..

Sumber: IG Sheiraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!