Connect with us

Entertainment

“Menangis menantu sebenar baca caption mama” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com D875bcff5ab41528b00d082e5fa9633d

Biasa bukan selalunya apa yang dirancang dan diiimpikan dalam hidup kita tapi lain pula yang jadi. Barangkali impian itu sudah diidamkan sekian lama, tapi lain pula jadinya. Cuma kadangkala-kala kenangan lalu mengimbau di minda.

Pasti itu yang dirasakan selebriti sensasi, Abby Abadi ini. Melihat hantaran statusnya ini, ada pula yang menebak pelbagai tanda tanya sejauh mana perasaannya ketika ini.

‘Menantu dalam mimpi mama’, itu coret Abby dalam kapsyen hantarannya itu. Haruslah tertanya-tanya netizen dibuatnya.

Mediapuyu.com 9ef021efdd8d7069c430921405147565

Apatah lagi Abby menunjukkan video gambar jejaka tersebut yang kelihatan manis dan elok dengan ‘berlatar belakangkan’ anaknya, Marissa Dania.

Jika meninjau ke komen, ada netizen yang berkongsi yang jejaka tersebut bernama Danish dan pernah menjadi ‘teman’ kepada Marissa.

Mediapuyu.com 7a8ed51a6371a98aaf51d2bec5da1fb9

Tak hairanlah ada yang ‘merasakan’ apalah perasaan suami Marissa, Mohd Aslam apabila membaca hantaran ibu mertuanya itu.

“Menangis menantu sebenar baca caption mama”, “xpe dia ada 1st wife yg sllu bawa jln2 ke tu”, “Ensemnya sopannya, kalau dgn Marissa kebaboom”.

Mediapuyu.com Ea2023bb2dc486941d1a15aa38b08ff3

“Ni yg dulu2 masa kecik tu kan.. yg family dia dok oversea tu. Glamour family tu tak ingat plak”, “Ada yg bujang handsome.. tapi suami org jgk jd pilihan Marissa”.

Itu antara respons netizen. Terdahulu terlihat juga bekas suami Abby juga bapa Marissa, pelakon, Norman Hakim bertegur sapa dengan jejaka itu.

Mediapuyu.com 3ff383ff6555d13ca73491114af89a0b

Kelihatan agak erat hubungan mereka. Apa pun moga yang baik-baik buat Marissa, Abby dan keluarga mereka. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Apapun ada juga netizen yang berpendapat anak Abby pun bukan Marissa seorang, ada lagi yang lain. Siapa tahu mimpi Abby jadi kenyataan…

Mediapuyu.com Fb37aaa9139a1ab8b84dcf33aaac811b

Sumber: IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!