Connect with us

Entertainment

“Mengucap abang ipar dia tengok” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 748ecfe84da12793d46630066465a5bf Scaled

Ameera Khan sering kali menjadi perhatian netizen di laman sosial media. Seperti yang kita sedia maklum, Ameera Khan atau popular dengan gelaran Little Miss Khan ini adalah adik kepada selebriti Neelofa. Adik beradik Neelofa selain daripada Ameera, Noor Nabila juga antara yang disebut okeh netizen.

Kehidupan mewah Ameera membuatkan sebahagian netizen ‘cemburu’ dengan beliau yang sentiasa berkongsi foto melancong ke pelusuk dunia.

Mediapuyu.com 6179182285cfaea41644aca26bee169c

Terbaru, Ameera telah memuatnaik beberapa posting foto beliau berada di Thailand bagi menjalani aktiviti senaman yoga di sana. Wah, bersenam sampai ke Thailand. Betul-betul luar biasa..

Posting dikongsi Ameera tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen yang suka melihat kehidupan peribadinya.

Mediapuyu.com 461581f4917cb1c16a38b8815d45ec1b

Foto-foto dimuatnaik Ameera juga menunjukkan hobi kesukaan beliau iaitu senaman yoga dan beberapa foto makanan yang selalu menjadi kegemarannya.

Jelas foto yang dikongsi Ameera berkenaan menunjukkan beliau cukup disiplin menjaga pemakanan dan sentiasa mengamalkan makanan yang sihat.

Sementara itu, sebahagian netizen mengusik Ameera menerusi ruangan komen. Mereka juga memuji kecantikan semulajadi Ameera yang diwarisi daripada ibunya, Puan Noor Kartini.

Mediapuyu.com 202aa2a7d3d1ad155fe76981f48d9d48

Malah netizen juga berpendapat, kehidupan Ameera serba mewah dan Ameera cukup beruntung kerana kehidupannya yang serba lengkap.

Walau bagaimana pun, setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Ameera antara salah seorang gadis yang masih muda dan mempunyai segala-galanya. Lihat komen netizen.

Mediapuyu.com 55951908acf947b4e7745c2ba6bfd2a8

Lepas ni ke mana lah agaknya Ameera akan pergi kan.. Bestnya tengok Ameera pergi jalan-jalan.

Sumber: IG Littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!