Connect with us

Entertainment

“Mommy, boleh tak mommy masak utk bakal bini baby” – Jebat Jayden

Published

on

Mediapuyu.com 01c5d45a353ddfa9906c799f7e0fd3b7

Jebat Jayden merupakan anak kepada pasangan Noor Nabila dan juga pelakon Sharnaaz Ahmad. Sejak kecil, telatah Jebat cukup menghiburkan para netizen yang menjadi pengikut rapat menerusi akaun Instagram kanak- kanak berkenaan jebatjayden yang kini mempunyai sehingga 462 ribu pengikut. Meskipun baru berusia 5 tahun, namun kanak- kanak berkenaan cukup popular dalam kalangan warganet.

Jebat Jayden juga semakin hari semakin menjadi perhatian warganet. Kepetahan bercakap Jebat Jayden membuatkannya kanak- kanak berkenaan mempunyai ramai pengikut di sosial media kerana telatahnya yang kadangkala melucukan itu.

Mediapuyu.com 15de05336c0cf8f2da05f79747462db2

Beberapa video yang memaparkan gelagat Jebat Jayden sebelum ini sering menjadi perhatian netizen tidak kira Jebat berada bersama siapa, pastinya akan ada sahaja gelagat kanak- kanak bijak tersebut yang mencuit hati ataupun ayat melucukan yang di sebut olehnya

Semua telatahnya itu sering di rakamkan dan dikongsikan kembali oleh ibunya Nabila ataupun bapanya Sharnaaz dan di muatnaik di sosial media sebagai hiburan buat peminat Jebat Jayden sendiri.

Telatah Jebat yang adakalanya itu sangat jujur namun comel itu membuatkan ramai netizen yang turut terhibur menontonnya.

Mediapuyu.com 80f656fd5edb286de0d997d8511db959

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Nabila, usahawan berkenaan memuatnaik satu video promosi kambing perap pak mat western.

Video tersebut turut menampilkan Puteri Sarah Liyana dan juga kedua- dua anaknya iaitu Muhammad Syaikul Islam dan Sumayyah. Turut tampil di dalam video tersebut juga anak lelaki Nabila dan Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.

Di dalam video iklan yang baru saja di kongsikan oleh Nabila itu, kali ini Jebat menjadi ‘pelakon’ utama apabila di lihat cuba mengambil hati Sumayyah.

Gelagat Jebat yang sangat comel apabila mengucapkan ayat- ayat memikat Sumayyah cukup mencuit hati penonton.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan gelagat anak- anak kepada Nabila dan Puteri Sarah. Jebat juga kelihatan sangat spontan sewaktu menuturkan dialog bersama Sumayyah dan tidak kekok untuk berlakon bersama Syaikul dan Sumayyah.

Di samping itu juga, reaksi Syaikul di dalam video tersebut yang turut menepuk dahi apabila Jebat menghadiahkan bunga kepada Sumayyah begitu menghiburkan. Netizen berkata gelagat Jebat di dalam video berkenaan tidak ubah sepertimana bapanya Sharnaaz.

Mediapuyu.com 7169ca1273787b507ab83ffbaa694e27

Tidak berselindung, Sharnaaz juga meningg4lkan komen di ruangan komen video berkenaan dengan mengakui dirinya sebagai penasihat kepada lakonan Jebat Jayden.

Puteri Sarah juga turut memuji Sharnaaz kerana dialog yang di ajarkan oleh Sharnaaz kepada Jebat sangat sesuai dengan babak lakonan Jebat dan Sumayyah di dalam video promosi tersebut.

Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, gelagat Jebat tersebut sangat mirip sekali dengan perangai sebenar Sharnaaz. Netizen juga memuji bakat lakonan Jebat Jayden yang spontan dan bersahaja. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Mediapuyu.com 222ead922bf09dcec07ba6cc02faebd7

Sebagai info, baru- baru ini Jebat turut muncul dalam video promosi Pak Mat Western dan di dalam rakaman tersebut kali pertama memaparkan pertemuan Jebat bersama anak Puteri Sarah iaitu Sumayyah.

Jebat juga sempat mengenyitkan mata terhadap Sumayyah membuatkan netizen teruja dengan gelagat Jebat yang n4kal dan suka mengusik.

Sumber: ig noornabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!