Entertainment
“Mommy nak tahu knp pakai baju mommy, habis la baju tido mommy” – Amyra Rosli
Kalau dah namanya suami isteri pasti dah biasa tidur sebantal, makan sepinggan, duit suami duit isteri jua dan apa sahaja dikongsi dan bersama-sama. Begitupun jangan tak tahu ada juga pasangan yang baju pun dikongsi bersama ya macam suami isteri popular ini. Agak mencuit hati melihat aktor, Amar Baharin yang memakai pakaian isterinya.
Padanlah aktres, Amyra Rosli dalam perkongsiannya memberikan pesanan kepada para suami isteri yang selepas berkahwin mereka perlu menerima hakikat.
Apa dia? Baju T suami akan menjadi baju isteri untuk wanita itu bermalas di rumah. Lucu pula apabila dalam videonya Amyra menunjukkan pula gelagat suaminya.
Agaknya mahu memberitahu yang suami juga akan menggunakan pakaian isteri. Macam Amar yang tampak selesa menggunakan kain batik isterinya ketika membuat kerjaan di dapur.
Dalam video sama juga ditunjukkan lelaki itu yang memakai baju kelawar miliknya sambil membuat susu anak. Amyra dalam statusnya mencoret “MasyaAllah.. sis redha”.
Ada juga lelaki yang suka pakai baju bini ya… Amar membuktikan yang pakai kain baju wanita memang selesa. Mesti sebab rasa sejuk berangin kan… Adeh…
Bahkan Amar yang membalas di ruangan komen juga mengiyakan yang dia bila nak tidur selesa dengan pakaian dikenakan. Nampak gaya Amyra kena belikan untuk Amar ni…
“Pakaian paling selesa kat rumah”, “aamyrarosli kita same je .. sampai kita nk pakai pun takde wak.. Berebut ngn dia”, “Samalah dengan suami saya pun gini “.
“Suami sy suke pakai kain batik isteri dia punya”, “Botol susu tetap goncang ye “, “Milikmu milikku jua hahaha”, “baju klawar dy pakai nyah”, “astaga..habis di bedal nya baju kelawar myra”. Itu antara komen netizen.
Agaknya itulah rahsia mereka berbahagia bersama. Sabar sajalah Amyra… baju boleh dicari lagi. Suami? Ada suami kat luar sana nak selesa macam Amar ni? Cubalah…
Sumber: IG Amyra Rosli
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen