Connect with us

Entertainment

“Muka Aafiyah, hehe maafkan adik saya ye semua” – Netizen

Published

on

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di panggil Tokti oleh para peminat sudahpun hampir dua dekad menjadi penyanyi dan kini menjadi seorang usahawan pelbagai produk di Malaysia. Tokti juga menjadi duta pelbagai produk dan salah satunya produk susu Farm Fresh. Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016.

Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.

Jarang kita lihat anak- anak kepada Tokti ini bertik4m lidah. Namun begitu sudah lumrah sebagai adik beradik, pasti akan ada perebutan dan perg4duhan yang berlaku dalam kehidupan seharian Afwa dan Aafiyah.

Bagaimanapun satu perkongsian video yang memaparkan Afwa da Aafiyah berebut perkakasan membuat kek baru- baru ini cukup membuatkan netizen terhibur dengan kerenah dua beradik tersebut.

Sebagai duta Farm Fresh, di dalam video yang telah di muatnaik oleh Tokti sebelum ini, penyanyi tersebut berkongsi video iklan promosi kebaikan produk tersebut kepada para pengikut beliau. Ramai pengikut yang memuji video iklan yang di lakonkan oleh kedua dua orang anak Tokti berkenaan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Tokti, Tokti berkongsi video di sebalik tabir pembikinan iklan susu tersebut buat tatapan para peminatnya pula.

Tulis Tokti di ruangan kapsyen, anak sulungnya Aafiyah sudah pun mempunyai pengalaman untuk merakamkan iklan dan sudah tahu apa yang perlu di lakukan dengan mengikuti arahan pengarah iklan.

Namun begitu, buat Afwa rakaman iklan berkenaan merupakan pengalaman pertama anak keduanya itu. Lebih mencabar apabila rakaman di lakukan sewaktu cuaca sangat terik dan menguruskan anak yang baru berusia 2 tahun untuk duduk diam.

Kongsi Tokti lagi, puas juga la beliau memujuk untuk mendapatkan aksi terbaik dari Afwa. Berlainan dengan Aafiyah yang sudahpun faham dan sangat sabar untuk berlakon dan menyelesaikan rakaman iklan berkenaan dengan baik.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen berkata mujurlah di rakaman akhir Afwa dapat di pujuk dan pengarah iklan berjaya untuk menyelesaikan rakaman dengan babak yang baik daripada Afwa.

Netizen juga berkata mereka memuji sikap Aafiyah yang sangat penyabar dalam memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan rakaman berkenaan berbanding Afwa yang tidak dapat duduk diam kerana tidak biasa dan pertama kali berlakon iklan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Netizen terhibur melihat gelagat Afwa dan Aafiyah di dalam video tersebut. Netizen turut memuji tindakan Tokti yang kelihatan sangat tenang dan sabar dalam menguruskan anak- anaknya. Mujurlah akhirnya rakaman iklan tersebut menjadi dengan jayanya.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending