Connect with us

Entertainment

“Muka confident betul bah ni anak” – Netizen

Published

on

Tindakan penyanyi Adira Suhaimi sebelum ini yang memfailkan perc3raian terhadap suaminya iaitu Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada Oktober 2023 ternyata ketika itu amat mengejutkan semua pihak memandangkan Adira sebelum ini tidak pernah berkongsi sebarang masalah yang melibatkan rumahtangganya di media sosial mahupun di mana- mana platform.

Walaupun netizen mula mempersoalkan tindakan Adira tersebut namun Adira tetap mengunci mulut sehingga membuatkan netizen mulai berteka teki dan membuat spekulasi sendiri terhadap alasan sebenar untuk Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

Persoalan netizen bagaimanapun terjawab apabila Datuk Red kemudiannya tampil mengakui sedang menghadapi masalah kewangan dan telah di isytiharkan bankrup di sebabkan tersalah langkah dalam membuat pelaburan sejak lima tahun yang lalu.

Datuk Red yang tampil jujur mengakui mengenai masalah kewangan yang sedang di hadapinya itu memohon supaya di berikan kerja oleh mana- mana pihak bagi membantu beliau dalam usaha menyelesaikan masalah kewangan berkenaan.

Datuk Red juga turut mendedahkan bahawa Adira telah banyak membantu dirinya sewaktu dia menghadapi masalah kewangan berkenaan dan sudah tiba masanya untuk dia pula kehadapan dan mencari kerja demi menyara keluarga dan anak- anak.

Setelah mengetahui masalah kewangan yang di hadapi oleh Datuk Red, ramai pihak yang mulai bersimpati dengan keadaan yang di sedang di lalui oleh Datuk Red dan mula memberikan tawaran pekerjaan kepada dirinya.

Namun begitu, ianya tetap tidak mengubah keputvsan Adira untuk berpisah. Datuk Red juga mendedahkan keputvsan Adira untuk berpisah juga bukanlah di sebabkan masalah kewangan yang sedang di hadapinya.

Pada 24 April yang lalu, pasangan ini akhirnya sudahpun sah berc3rai talak satu hasil perbincangan bersama. Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red dan perpisahan berkenaan juga di buat demi ketenangan.

Meskipun mempunyai masalah rumahtangga, namun konten konten yang di muatnaik oleh Adira di media sosialnya sebelum ini sentiasa menghiburkan membuatkan netizen tidak menyangka sama sekali mengenai masalah yang sedang di hadapi oleh Adira.

Adira juga kerap berkongsi konten bersama anak anak terutama anak sulungnya Anggrek. Konten lucu dan menghiburkan yang di muatnaik Adira bersama Anggrek juga sentiasa mendapat perhatian dan membuatkan Anggrek juga turut di kenali di media sosial.

Perkongsian terbaru Adira di instagram memaparkan Anggrek menyertai pentas peragaan pakaian di Bangkok meraih perhatian netizen kerana tidak menyangka Anggrek mempunyai bakat di pentas peragaan.

Rata- rata netizen memuji wajah yakin Anggrek dan gaya jalan kanak- kanak berkenaan di pentas peragaan yang sangat menyerlah dan meyakinkan ketika memperagakan pakaian. Berikut di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.

Sebagai rekod,  Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu mereka berdua di kurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek berusia 7 tahun, Asan berusia 6 tahun, Anggun pula berusia 5 tahun dan anak bongsunya Ayob yang kini berusia 2 tahun.

sumber: ig adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending