Connect with us

Entertainment

“Muka macam Najwa Latif” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com E1f6e8b6d528e82c6a643fbcc292a630

Diam tak diam rupanya pelakon lejen ini sudah ada pengganti pasangan hidup. Walaupun sudah lebih setahun lalu kembali mendirikan rumah tangga, hanya beberapa hari lepas, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan tentang status isteri baharunya. Boleh tahan cantik dan muda, isterinya bernama, Datin Marcella Biddulph. Pandai beliau simpan rahsia ya…

Baharu berusia 28 tahun, seperti bekas isteri Afdlin sebelum ini bernama Maria Christina Orow Abdullah, selepas ‘infonya dikorek’ netizen, Marcella juga dikatakan bukan berdar4h Melayu.

Mediapuyu.com 977252b7d1db73be0d98291cfde011d1

Apa pun walaupun berbeza jarak usia 25 tahun, seperti dalam perkongsian hantaran ini, pelakon popular dengan wataknya dalam filem Papadom itu tampak serasi dengan Marcella.

Bahkan bekas pengurus peribadi Afdlin itu juga mengakui sedang melalui fasa bahagia berkahwin dengan lelaki tersebut. Marcella juga nampak matang melalui tutur katanya.

Mediapuyu.com B752080b7fc809405e099548460a25a6

Lebih menarik menancap perhatian netizen apabila wajah Marcella juga disamakan mempunyai iras dengan penyanyi lagu Adamu bernama Najwa Latif.

@hibglam.com.my

SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki terbuka memperkenalkan isterinya yang dikenali sebagai Datin Marcella kepada umum. #afdlinshauki #marcella #rumahtangga #umum #hibglam #pelakon #pengarah 📹 FAIRUZA SYARFA

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

“Adk bradk sedare najwa lariff ke”, “Memula ingat dia melawak je dengan najwa latif, rupanya bukan najwa latif tapi muka ada iras”, “Ingat kan najwa latiff tdi”.

Mediapuyu.com 22359c14d8bf79578762ad59c99cc94e

“cantik…mcm najwa latif..orgnya pun helok budi bahasa”, “Aku ingat ada shooting tadi , najwa latif jadi isteri dia , rupanya orang lain”, “Menyenangkan cara isterinya 😊 itu boleh serasi walau jauh jarak umur”.

Itu antara komen netizen. Walaupun sudah memberikan ‘hint’ tentang perihal dirinya dengan ‘orang baharu’ Ogos tahun lalu, hanya kini Afdlin ‘menayangkan’ Marcella.

Mediapuyu.com A25bab11124f5f5d9e92950283ea2283

Apa pun ramai netizen tumpang bahagia melihat pasangan tampak serasi bersama ini mendoakan agar keduanya berbahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Terdahulu berpisah dengan Maria pada April 2022, hasil perkahwinan Afdlin dan wanita itu, mereka dikurniakan dengan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Mediapuyu.com 801379c16a81a0af4c47317573fb8dae

Sumber: TikTok Hibglam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!