Entertainment
“Muka zaman berlakon iklan shampoo ni”- Netizen
Pasangan usahawan popular iaitu Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri cukup di kenali orang ramai sebagai pasangan usahawan yang sering memberikan inspirasi kepada masyarakat.
Tidak terhad dalam bidang perniagaan, Datuk Aliff Syukri juga turut menceburi bidang hiburan sebagai pelakon dan penyanyi serta telah mengeluarkan beberapa lagu single sebelum ini.
Namun begitu, lagu dan video klip lagu raya nyanyian Datuk Aliff sebelum ini telah mencetuskan kontroversi pada bulan Ramadhan yang lalu. Usahawan berkenaan telahpun di soal siasat ekoran kontroversi klip lagu raya berkenaan.
Hal tersebut telah menyebabkan Datuk Aliff membuat keputvsan untuk berhenti daripada dunia nyanyian. Datuk juga berpendapat faktor usia yang semakin meningkat dan juga sebelum ini dirinya sering terpalit dengan kontroversi membuatkan Datuk Aliff membuat keputvsan berkenaan.
Menurut Datuk Aliff, setiap gerak gerinya akan di kritik malahan k3s baru- baru ini juga masih dalam siasatan pihak berkuasa menyebabkan Datuk Aliff berkata isu berkenaan sedikit sebanyak telah memberikan beliau tekanan serta penyesalan sehingga membuatkan dirinya mahu menarik diri dan reda.
Meskipun mahu mengundurkan diri daripada bidang hiburan namun pasangan ini tetap aktif di media sosial serta menjadikan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan netizen.
Perkongsian terbaru gambar Datin Shahida bersama suaminya di Instagram telah menarik pelbagai reaksi netizen. Di dalam hantaran berkenaan, Datin Shahida telah memuatnaik beberapa keping foto beliau bersama suami.
Hantaran berkenaan antara lain menitipkan rasa syukur beliau dengan kehidupan berumahtangga beliau bersama Datuk Aliff Syukri yang sudahpun mencecah usia 17 tahun.
Menurut Datin Shahida, meskipun rumahtangga beliau sudah melalui pelbagai ujian dan dugaan namun dia bersyukur kerana jodohnya bersama Datuk Aliff masih panjang.
Mengintai ke ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada Datin Shahida dan mendoakan supaya rumahtangga Datin Shahida dan Datuk Aliff berkekalan sampai bila- bila.
Gambar pertama yang di muatnaik oleh Datin Shahida merupakan gambar lama dan di percayai sewaktu Datin Shahida menjadi model iklan syampu suatu ketika dahulu. Iklan syampu berkenaan merupakan antara iklan yang sangat popular suatu ketika dahulu.
Lagu latar iklan syampu tersebut juga sehingga kini menjadi siulan orang ramai dan mengingatkan orang ramai terhadap iklan syampu tersebut. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran Datin Shahida tersebut.
Sementara itu, di sebalik ramai yang memuji serta menitipkan doa buat pasangan usahawan ini, terdapat juga netizen yang di lihat mempersoalkan wajah Datin Shahida yang kelihatan sedikit berbeza berbanding dahulu.
Namun begitu, Datin Shahida berkata perubahan berkenaan seiring dengan peningkatan usia dan tidak menolak kerana faktor badannya yang semakin berisi sekarang.
Sumber: ig shahidadherbs
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen