Connect with us

Entertainment

“Nabila boleh nyanyi cuma dia xleh ada org tengok”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Ce88220b108fea4c6981401300b37b95

Malam Ahad program realiti hiburan The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) telahpun melabuhkan tirainya setelah berakhirnya konsert finale dengan menobatkan penyanyi Stacy Anam yang memakai maskot Bunga Matahari sebagai juara musim ke 4.

Kemenangan maskot Bunga Matahari menepati ramalan ramai memandangkan sebelum ini Bunga Matahari berada di tangga pertama selama tujuh minggu.

Pada konsert akhir malam tadi, Stacy membawakan lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan. Vokal yang padu dan persembahan yang menghiburkan di persembahkan oleh Stacy yang memakai maskot Bunga Matahari itu telah berjaya menewaskan empat maskot lain selepas berhasil menambat hati juri.

Mediapuyu.com 9bdcf4f7c48100838bc330aa375086ca

Menerusi kemenangan berkenaan, maskot Bunga Matahari berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi. Kemenangan tersebut juga sekali gus meletakkan pelawak dan penyampai radio iaitu, Namie yang memakai maskot Mat Helang di kedudukan tempat kedua.

Sementara itu, seorang lagi pelawak yang turut berjaya melayakkan diri ke pentas akhir iaitu, Danial Zaini yang memakai maskot Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Mediapuyu.com Ba2f223dd4d68f2d3bfcd38084011bab

Tempat keempat pula menjadi milik bekas peserta Ceria Popstar, Adinda yang memakai maskot Biskut Aiskrim manakala kedudukan kelima diduduki oleh maskot Teratai, Nabila Razali

Ironinya meskipun tidak menang namun, nama Nabila Razali kini menjadi bualan para netizen setelah penyanyi berkenaan mendedahkan identitinya di sebalik maskot Teratai.

Mediapuyu.com 775a3020f98dcd6600c2b360002ecdb9

Banyak netizen yang terkejut dan hampir tidak percaya apabila penyanyi Nabila Razali mendedahkan bahawa dia adalah Teratai dalam program hiburan realiti The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) pada malam ahad yang lalu.

Dalam musim keempat The Masked Singer Malaysia (TMSM4), penyanyi Nabila Razali dengan rasa gembira dan bangga dapat menunjukkan sisi dirinya yang lain menerusi maskot Teratai melalui program realiti tersebut.

Mediapuyu.com 6201f73627ac0faf5631bd4f4dbb8cb5

Nabila Razali juga berkata bahawa perbezaan dalam identiti telah memberinya keberanian untuk keluar dari zon selesa untuk cuba menyanyikan pelbagai genre lagu. Keyakinan diri Nabila Razali sebagai penyanyi juga semakin meningkat setelah menyertai program tersebut.

Nabila juga gembira kerana dapat menunjukkan kebolehan menari dan beraksi dengan lebih berani apabila tidak di kenali setelah memakai maskot Teratai.

@anistaqwa

Sedap sangat suara Teratai or NR ni yerr… paduuu terok lahhhh… #final #themaskedsinger #nabilarazali

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Menerusi satu video yang di kongsikan peminat di platform tiktok, peminat berkenaan memuji suara Nabila dan menyifatkan suara penyanyi berkenaan sangat sedap dan padu sewaktu mempersembahkan lagu nyanyian penyanyi antarabangsa Celine Dion berjudul Its All Coming Back to Me Now.

Peminat juga berkata penyanyi wanita berkenaan merupakan contoh seorang penyanyi yang tidak henti berusaha secara berterusan sehingga berjaya membuahkan hasil.

Malahan Nabila juga tidak terus berpvtus asa meskipun sering di kecam netizen kerana terkucil ketika menyanyi sebelum ini.

Mediapuyu.com 0f70f6b682cd2bdce34aa50a92a94379

Kebanyakkan netizen juga tidak menyangka Nabila mampu menyanyi dengan baik malahan suara Nabila juga turut di samakan seperti suara Shila Amzah.

Ada juga netizen yang merasakan bahawa Nabila sebenarnya boleh menyanyi dengan baik tetapi mungkin Nabila tidak boleh menyanyi dengan baik sekiranya ada orang yang tengok memandangkan Nabila boleh menyanyi dengan baik sewaktu sesi rakaman lagu. Berikut di kongsikan komen netizen tersebut.

Mediapuyu.com Cfe59beb7c5b45ada5be7edbf3bfe6bd

Memandangkan Nabila tercalon untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun ini, ramai para peminat yang menantikan persembahan seperti yang telah Nabila lakukan sewaktu konsert akhir The Masked Singer musim ke empat ini.

Ramai peminat yang berharap supaya Nabila mampu mengatasi perasaan gemuruh dan menyanyi dengan baik di pentas AJL nanti.

Sumber: tiktok anistaqwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!