Entertainment
“Nabila macam vibes kak long, perati je teman adik dating” – Netizen
Hubungan professional yang di tunjukkan oleh pelakon Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila sudah sekian lama menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dan pasangan ini juga telah membuktikan bahawa meskipun mereka berdua sudahpun membawa haluan masing- masing dan tidak lagi bergelar suami isteri namun hubungan baik sebagai sahabat boleh terjalin demi kebaikan anak.
Baru- baru ini menerusi iklan produk kambing perap jenama Pak Mat Western, Nabila dan kkasih hati Sharnaaz iaitu Amelia Christie di lihat mesra merakamkan babak iklan bagi mempromosikan produk kambing perap berkenaan bersama Jebat Jayden.
Video promosi iklan berkenaan mendapat sambutan baik daripada warganet kerana warganet terharu melihat hubungan baik yang terjalin antara Nabila dan Amelia. Di dalam video yang di paparkan itu juga kelihatan Nabila melayani Amelia dengan sangat ikhlas dan mesra.
Malahan Nabila juga meraikan kehadiran Amelia di dalam kehidupan bekas suaminya Sharnaaz itu sebagai pengganti dirinya dan bakal menjadi ibu baru kepada anaknya Jebat dengan menyambut kehadiran Amelia dengan tangan terbuka.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Inaij4ri, satu video telah di kongsikan di platform tersebut memaparkan aktiviti terbaru Nabila dan Sharnaaz yang membawa Jebat Jayden menimba pengalaman baru menaiki tren.
Amelia juga turut menyertai aktiviti keluarga tersebut bersama beberapa orang lagi ahli keluarga Nabila sendiri. Dedah Nabila, aktiviti menaiki tren tersebut juga di lakukan memandangkan Amelia tidak pernah menaiki tren dan itu merupakan kali pertama Amelia merasai pengalaman menaiki tren.
Nabila juga berkata perkongsian video itu juga adalah buat tatapan para peminat mereka dan konten yang di paparkan kali ini adalah untuk membawa Amelia berjalan- jalan. Amelia di lihat tidak kekok menyesuaikan dirinya bersama Nabila dan juga ahli keluarga Nabila yang lain.
Wajah Jebat juga menjadi sorotan di dalam video tersebut kerana seolah terpaling bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama tiga orang kesayangannya. Jebat juga sangat manja bersama Amelia.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen gembira dengan perkembangan hubungan keluarga ini. Netizen juga gembira melihat hubungan baik yang terjalin di antara Amelia dan Nabila.
Sharnaaz juga sangat bertuah di kurniakan bekas isteri yang cukup memahami dan bersikap professional untuk menghulurkan salam persahabatan bersama wanita yang bakal menjadi isteri kepada bekas suaminya.
Netizen turut menyifatkan Amelia sebagai seorang yang berlapang dada dan Nabila pula sebagai seorang yang berfikiran terbuka.
Manakala Sharnaaz pula sangat bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Nampak serasi Amelia dan Nabila menjalinkan persahabatan. Boleh bertolak ansur dalam urusan menjaga kebajikan Jebat selepas ini. Nampak tak lama lagi Sharnaaz dah boleh naik pelamin dengan tenang. Tahniah di ucapkan buat Sharnaaz, Nabila dan Amelia.
Sumber: ig inaij4ri
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen