Connect with us

Entertainment

“Nampak macam ada baby bump Nelydia lah” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Bf30cf8cd68eddba18df5b3c1a6d5f3c Scaled

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon popular Nelydia Senrose kelahiran negeri Kelantan ini. Cantik dan cukup mempesonakan. Nelydia antara pelakon wanita yang sentiasa menjadi tumpuan netizen kerana kecantikan beliau yang semulajadi. Tanpa makeup pun, Nelydia masih tetap cantik dengan caranya yang tersendiri.

Malah selepas bergelar isteri, Nelydia lebih berseri dengan penampilan dirinya yang manis berhijab. Nampak sopan dan lembut je Nelydia apabila memakai tudung.

Mediapuyu.com 60a6d7221f96015385f3331d8af76707

Bercerita mengenai Nelydia, baru-baru ini satu video yang dimuatnaik akaun peminat Nelydia telah tular di Tiktok. Video tersebut memaparkan gelagat lucu Nelydia membuat pengumuman selipar kesayangannya hiilang ketika di majlis kecil saudaranya.

Menerusi video tersebut, mata netizen lebih tertumpu kepada perut Nelydia yang seakan-akan mempunyai baby bump sehingga membuatkan netizen berteka-teki tentang status kehamilan Nelydia.

Mediapuyu.com 051d07702898aea1360be8651213daec

Nelydia telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 bersama pilihannya. Namun sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

@uqasha.senrose0

Hilang selipar dah😂 #uqashasenrose #uqashakamaladli #kamaladli #ustazwadiannuar #fypシ #nelydiasenrose #foryoupage #foryoupage #fyp #masukfyp

♬ original sound – UQASHA SENROSE – UQASHA SENROSE

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui Nelydia apabila situasi kehiilangan selipar ketika kenduri atau majlis semestinya selalu terjadi.

Melihat video Nelydia itu, wajah Nelydia cukup tenang dan cantik meskipun hanya berpakaian simple sahaja. Netizen juga turut memuji wajah cantik Nelydia yang semulajadi.

Mediapuyu.com 5daa1de4a0c5d1231829d691c97b2cdc

Video yang menunjukkan gelagat lucu Nelydia itu telah menerima 710,000 tontonan dan pelbagai komen yang telah dikongsi oleh peminat Nelydia.

Ada juga sebahagian netizen mendoakan yang terbaik buat Nelydia dan berharap Nelydia bakal menimang cahaya mata suatu hari nanti.

Mediapuyu.com Ee1b65ba766dfd60adfecc7e5f83b39f

Nelydia buat pengumuman selipar hiilang pun cantik, lembut je cara Nelydia bercakap hehe..

Sumber: Tiktok Uqasha.senrose0

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!