Connect with us

Entertainment

“Nasib baik Ara dan Ayden ikut muka mommy dia”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 8245fda7b6a32278ddc623ee00d764e0

Sejak akhir- akhir ini, timeline media sosial hampir setiap hari akan memaparkan kisah mengenai kontroversi rumahtangga penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan suaminya yang merupakan juara Gegarvaganza musim ke lapan iaitu Aliff Aziz. Kontr0versi berkenaan bermula dengan k3s tangkap khalwat di antara Aliff Aziz dan her0in gandingan bersama di dalam sebuah drama bertajuk Terjerat.

Kes tangkap khalwat sebelum menjelangnya bulan ramadhan yang lalu itu baru sahaja mulai reda namun kini seakan tidak berakhir apabila muncul seorang wanita yang mend3dahkan turut mempunyai hubungan bersama Aliff Aziz bermula sejak Januari tahun ini.

Mediapuyu.com 89ef6598c7bee1ab415ab7ea8e75abc1

Kemunculan wanita yang di kenali sebagai Sarah tersebut bersama beberapa bukti tangkap layar mengenai hubungan yang benar- benar terjalin di antara Aliff Aziz dan her0in gandingan di dalam drama tersebut menyemarakkan lagi kontroversi yang baru sahaja mulai reda.

Penafian yang di buat oleh her0in gandingan di dalam drama Terjerat tersebut sebelum ini akhirnya menjerat diri sendiri dan di tolak mentah- mentah apabila bukti tangkap layar yang di kongsikan oleh Sarah itu menunjukkan yang sebaliknya.

Mediapuyu.com 8e365b2bab879791108363bb6de8cc5e

Ekoran pendedahan tangkap layar terbaru yang di kongsikan oleh Sarah di media sosial, Bella Astillah juga meluahkan perasaan terkejut kerana tidak mengetahui mengenai perbualan Aliff Aziz dan her0in tersebut yang di sebarkan menerusi tangkap layar berkenaan.

Sebagai seseorang yang bergelar isteri, sudah tentu ramai yang berkongsi perasaan sedih dan trauma dengan insiden yang menimpa Bella Astillah. Ramai netizen yang turut memberikan kata- kata semangat dan menunjukkan sokongan mereka terhadap Bella Astillah.

@ulfahnaqiyyah

So cute Ara & Ayden 😍😘😘 #bellaastillah #bella #alifaziz #aliffaziz #ruhainies #sarahyasmine #alifazizcurang

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Terbaru, menerusi satu perkongsian di platform tiktok, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah membuat sesi siaran langsung bersama para pengikut akaun tiktok beliau bersama dua orang anak Bella iaitu Ara dan Ayden.

Semasa sesi siaran langsung berkenaan gelagat dan telatah dua orang anak Bella itu menjadi sorotan netizen yang terhibur dengan gaya manja dan lucu Ara.

Gaya Ara yang suka menari dan menunjukkan wajah comelnya membuatkan netizen merasa geram dengan kanak- kanak perempuan tersebut.

Mediapuyu.com F8957879a8bdf6dfc973474d587d5175

Anak sulung Bella iaitu Ayden Adrian juga sangat bijak memberikan reaksi dan berkomunikasi dengan netizen membuatkan netizen juga merasa sayu kerana mengenangkan hubungan rumahtangga Bella dan Aliff yang kini boleh di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk.

Tidak kurang juga netizen yang melahirkan rasa sebak apabila mendengar nyanyian Ayden sewaktu sesi siaran langsung tersebut. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap gelagat anak- anak Bella Astillah.

Mediapuyu.com 5adfeeff59971a793e85d40c9e5db4f7

Ramai juga netizen yang berkata wajah dan gelagat Ara lebih mirip Bella manakala ada juga yang merasakan wajah Ayden pula lebih mirip Aliff Aziz. Namun begitu lebih ramai juga yang bersetuju dan merasakan wajah kedua dua orang anak Bella itu lebih mirip wajah ibu mereka.

Netizen juga memuji Bella yang pandai mendidik anak memandangkan Ayden kelihatan sudah pandai menjaga hati dan kelihatan sangat bijak berbanding usianya.

Semoga yang perkara yang sedang hangat di perkatakan ini berakhir dengan cepat dan mereka yang terlibat di permudahkan segala urusan.

sumber: tiktok ulfahnaqiyyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!