Connect with us

Entertainment

“Nasib dia pakai seluar Keymi oii, hahaha ada hari kadang2 dia dtg pakai baju tido jea” – Farah Fauzana

Published

on

Mediapuyu.com 4acf08ff87ffd965496c347d909048df

Baru- baru ini penyampai radio bagi stesen radio Hotfm iaitu Fizi Ali mengejutkan para peminat apabila mengumumkan mengenai berita perkahwinan beliau dengan memuatnaik beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan beliau itu menerusi perkongsian terbaru di media sosial.

Pendedahan mengejutkan berkenaan turut menarik perhatian para netizen terhadap wanita yang di sunting oleh penyampai berkenaan sebagai isteri.

Wanita yang menjadi pilihan Fizi tersebut merupakan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan rakan kongsi perniagaan bersama Fizi Ali. Fizi memuatnaik gambar sekitar hari pernikahan tersebut bersama isteri, anak- anak dan ahli keluarga terdekat.

Mediapuyu.com 037852173f3d34b18b0b1c43ee57ae47

Memandangkan penyampai radio tersebut jarang berkongsikan hubungan beliau bersama wanita yang di kenali sebagai Tiz itu, netizen turut teruja untuk mengenali wanita yang menjadi pilihan hati Fizi.

Hampir dua tahun memegang status duda anak satu, pemilik nama lengkap Mohd Hafizudin Alimudin itu meluahkan rasa syukur dengan perjalanan baru beliau yang kembali memegang status sebagai suami.

Mediapuyu.com Ba54f85d6c65a0104c1bd625cdc6c32d

Fizi dan pasangannya khabarnya melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor. Bagaimanapun, Fizi tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahannya.

Fizi juga turut berkongsi perasaan beliau yang menyifatkan perkenalan dengan isteri sejak satu tahun lalu sebagai m4ti hidup semula.

Mediapuyu.com B9fa8d56d032320ea82b8fb435be10bb

Menurut Fizi, beliau sering merasa sangat ‘down’ (fasa sedih) sampai balik rumah asyik menangis kerana rindukan Ameena. Namun begitu, sejak perkenalan beliau bersama isterinya itu, kini dirinya sudah mampu tersenyum kembali.

Menerusi satu perkongsian di Instagram stesen radio hotfm, satu video memaparkan ketibaan Fizi ke konti radio berkenaan di kongsikan untuk tatapan para pendengar stesen radio tersebut.

Pakaian yang di sarung oleh Fizi menjadi perhatian rakan konti memandangkan sebelum ini Fizi tidak pernah berpakaian sedemikian untuk ke konti radio.

Apatah baju yang di sarung oleh Fizi berupa pakaian glamor kemeja putih bersama sut berwarna kelabu seolah menghadiri mesyuarat dan majlis penting.

Mediapuyu.com 7c8bf2aadd746924bf3aadec5dfcaf01

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji isteri Fizi yang bertanggungjawab dalam menyediakan pakaian untuk Fizi ke tempat kerja. Fizi juga kelihatan semakin kemas dan bergaya sejak mendirikan rumahtangga setelah hampir dua tahun menduda.

Usik rakan penyampai Farah Fauzana di ruangan komen lagi, Farah berkata adakalanya Fizi datang ke konti dengan memakai baju tidur. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian video berkenaan.

Mediapuyu.com D23fed6ca0bce43b09e22489c6cf668e

Sebagai rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun

Sumber: ig hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!