Connect with us

Entertainment

“Next Nazim dan Siti berlabuh di tujuan yang sama, bermuara di keabadian”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 8427e7dee221d7a74b6e6be228acf812 Scaled

Majlis gilang gemilang sambutan ulangtahun perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzman disambut dengan meriah bersama rakan-rakan artis. Foto dan video Janna Nick bersama Dini telah dikongsi ramai artis Malaysia sehingga memenuhi laman sosial media sejak semalam hingga ke hari ini.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis Dini dan Janna ialah Nazim Othman, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi. Siapa sangka, foto terbaru Nazim yang dikongsi beliau telah menjadi tumpuan netizen.

Mediapuyu.com 86bde90a3008d5b41b6ed670ab832998

Foto mesra Nazim bersama pelakon baru Siti Khadijah Halim telah menimbulkan tanda tanya warga netizen selepas melihat foto berkenaan.

Apabila meneliti foto berkenaan, seperti ada ‘sesuatu’ di antara Nazim dan Siti Khadijah. Mungkinkan mereka sedang hangat bercinta atau sebaliknya?

Mediapuyu.com 61e8086b45468bfb6d0ce3e1e092eb3f

Jelas kelihatan Nazim dan Siti Khadijah memakai warna baju yang sedondon seolah-olah seperti pasangan bercinta. Sepertinya ia bukan satu kebetulan..

Nazim antara sahabat baik yang rapat dengan Janna dan Dini. Beliau telah lama saling mengenali dalam industri seni tanah air dan sama-sama pernah terlibat dalam lakonan.

Sementara itu, foto Nazim bersama Siti Khadijah telah membuatkan netizen rindu dengan watak lakonan Ardini dan Lukman yang pernah dilakonkan mereka menerusi drama TV popular Wanita Syurga.

Mediapuyu.com F7c376885a61590f2cab470b83e395a5

Sudah pasti peminat drama Wanita Syurga lakonan Nazim dan Siti Khadijah telah membuatkan penonton setia mula rindu dengan mereka.

Warga netizen juga mengharapkan Nazim dan Siti Khadijah menjadi pasangan bercinta di dunia yang nyata dan bukan sekadar dalam lakonan sahaja.

Mediapuyu.com Ec9de2db7f17f1715370dd7a27804cd9

Walau bagaimana pun, kita doakan yang terbaik buat Nazim dan Siti Khadijah. Kalau betul mereka saling bercinta, memang ramai yang ‘approved’ Ardini dan Lukman versi drama Wanita Syurga ini.

Sumber: IG Nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!