Connect with us

Entertainment

“Ni baru boleh diagungkan, baru boleh ciom tangan” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 8a0673fb6509d6fa5178e060b59496c0 Scaled

Antara pelakon-pelakon terhebat drama pendekar Keris Hitam Bersepuh Emas telah berkumpul di restoran milik Ebby Yus, Bumbu Babah, pertemuan tersebut adalah permintaan Ajak Shiro, kerana merasakan gandingan ini tiada tandingannya malah mereka mempunyai sebuah persaudaraan yang kuat dan erat. Pertemuan ini bukan sahaja membahgiakan mereka malah ramai rupanya peminat mereka juga turut berasa gembira.

Antara pelakon-pelakon yang hadir ialah Eman Manan sebagai Bitara, Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Adijaya, Fathil Dani sebagai Jempol, Halim Rahman sebagai Hang Perkasa, Ebby Yus sebagai Agam dan Ismail sebagai Durga. Kehadiran ini membuatkan ramai teringat akan pada drama tersebut ditayangkan, memang mengamit kenangan apatah lagi itu masa yang amat dirindui.

Mini Turbo Fan Paling Padu

Mediapuyu.com B892aaf002a535b5b1a1b70e28796781

Terlihat wajah mereka jelas kerinduan dan apabila bersua muka membuatkan hati gembira tidak terkata. Alhamdulillah, mereka semua masih sihat-sihat belaka. Bdan pun masih gagah perkasa, otai-otai silat semua ini ada kemahiran tersendiri. Setiap dari mereka ada langkah berbeza dan ilmu yang benar dalam kesilatan. Membuatkan ramai kagum akan kebolehan mereka itu.

Ebby Yus mula berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan pada era 80an, pelakon otai Ebby Yus, 59, kini lebih dikenali sebagai pelawak dalam kalangan generasi muda. Dikenali sehingga kini kerana masih relevan dengan pelbagai tawaran. Kini, menjaga sebuah restoren yang disambut baik oleh pengunjung. Namun pasti ramai yang tidak tahu bahawa beliau mahir dalam jurusan silat, dan sering mendapat watak pendekar suatu masa dahulu.

Mediapuyu.com 108fa223e97e4fc043eae8153bb6314d

Perkongsian ini dapat dilihat adalah sebuah contoh dan pengajaran buat generasi muda. Persahabatan mereka membuatkan ramai yang suka dan merasa ingin berada bersama-sama didalam kel0mpok sebegini kerana sikap dan aura yang baik serta positif. Lihatlah kegembiraan yang terpancar apabila mereka bersua muka. Rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa kini sudah berjumpa dan melepas rindu.

@ebbyyus

Alhamdullilah harini dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat KERIS HITAM BERSEPUH EMAS di @bumbubabah_hq

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Selain Ebby Yus, Eman Manan juga tidak kurang hebatnya, selain bakat lakonan, Eman Manan juga sangat dikenali sebagai pelakon berjiwa seni silat yang tinggi dan mempunyai kemahiran dalam dunia persilatan.

Malah beliau juga adalah seorang guru silat yang sangat dihorm4ti dan disayangi. Ketegasannya juga terlihat setiap kali bersama rakan kerja namun beliau disenangi orang ramai.

Mediapuyu.com 96d5a7df9cb69bbc181f0d8765aaa5a3

Perkongsian ini mendapat perhatian banyak pihak bahkan ramai yang mahukan mereka digandingkan semula di sebuah drama untuk memberikan sedikit imp4k dan mengub4t kerinduan akan lakonan mereka yang mantap. Bukan itu sahaja malah mereka juga membuatkan peminat merasa gembira dan memberikan komen yang banyak dan baik-baik malah tanda sukaan juga banyak sehinggakan hampir 30 ribu.

Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada netizen serta peminat-peminat. Lihatlah pelbagai komen-komen yang menarik pada perkongsian ini dan lihat komen yang semuanya hampir merindui dan pujian terhadap mereka kerana masih kuat dan tegap meskipun usia telah banyak. Lihat komen mereka.

Mediapuyu.com 103cdd48fa0b49077cb96d529eba6e79

Inilah wajah-wajah tokoh silat dan lagenda, semua peminat seronok akan pertemuan ini. Semoga saja mereka akan  terus diberikan kesihatan yang baik-baik dan kesejahteraan. Malah mereka juga mempunyai ramai peminat rupanya. Bukan itu sahaja mereka juga masih relevan sehingga kini.

Sumber: tiktok ebbyyus

 

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!