Entertainment
“Orang lama lama bercinta direct je, ayat last tu memang deep” – Netizen
Stesen Radio Sinar mempunyai satu segmen yang berbentuk ‘podcast’ yang di namakan Borak Selebriti Sinar. Di dalam segmen tersebut sebelum ini ramai selebriti tempatan yang telahpun di jemput sebagai tetamu undangan untuk berkongsi kisah kerjaya dan pahit manis mereka menjadi anak seni di dalam dunia hiburan. Tidak kurang juga perkongsian berkenaan pasangan hidup mereka yang turut bergelar selebriti tanah air.
Baru- baru ini pelakon Sabtu Yunus telah di jemput sebagai tetamu undangan untuk berkongsi cerita di sebalik kerjaya dan kehidupan peribadinya.
Sabri juga turut menyingkap kisah di sebalik pernikahan beliau dan juga isterinya iaitu pelakon Angeline Tan atau nama islamnya Ardini. Sabri berkata, dirinya mula menyukai isterinya itu dan merasakan perlu untuk beliau meluahkan perasaan kerana tidak mahu terlepas sekiranya lambat meluahkan perasaannya. Sabri juga berkata jika Angeline menolak, dirinya tidak akan rugi apa- apa.
Jika di ikutkan, beliau dan Angeline telah menjalinkan hubungan persahabatan yang lama, hubungan mereka bagaimana pun mulai rapat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila Sabri mengarahkan satu drama.
Sabri juga turut berlakon di dalam drama berkenaan dan pada awalnya pelakon yang memegang watak sebagai isterinya di dalam drama berkenaan adalah Khatijah Tan. Bagaimanapun sewaktu mesyuarat kedua pihak stesen televisyen Astro, Khatijah Tan telah menolak watak tersebut kerana perlu menjaga cucunya.
Oleh itu, beberapa nama pelakon lain telah di senaraikan bagi menggantikan watak berkenaan. Namun begitu nama Angeline Tan tidak disenaraikan di sebabkan berbangsa cin4 dan watak tersebut memerluk4n seorang wanita berbangsa melayu. Namun begitu, Sabri kemudiannya meminta supaya watak tersebut di berikan kepada Angeline Tan.
@sinar_my Nampaknya kalah sukakan seseorang kena bagi tahu. Kalau orang tu menolak takpe. Yang penting dah luahkan, dah bagi tahu perasaan kita. Macam yang Sabri Yunus buat pada Angeline Tan 😍❤️ #SINARKongsi #BorakSelebriti #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #sabriyunus #angelientan
Meskipun mendapat pertikaian daripada produser namun Sabri berjaya meyakinkan pihak produksi dengan mengandaikan sekiranya watak tersebut merupakan seorang mual4f bagi memberikan lebih warna terhadap watak tersebut.
Kongsi Sabri lagi, sebagai rakan lama, beliau sangat rapat dengan Angeline Tan di lokasi penggambaran drama tersebut. Angeline juga turut membawakan air kepada Sabri dan melayani Sabri dengan baik sehingga menjadi bualan krew penggambaran ketika itu meskipun layanan tersebut sudah sekian lama di lakukan oleh Angeline Tan terhadap Sabri sebagai sahabat lama.
Hubungan berkenaan menjadi semakin rapat selama sebulan sepanjang mereka berdua menjalani penggambaran drama berkenaan. Ujar Sabri lagi, di sebabkan mereka telahpun berkawan selama hampir 30 tahun, oleh itu Sabri kemudiannya terus bertanyakan Angeline bagaimana sekiranya mereka berdua mendirikan rumahtangga.
Angeline meminta di berikan sedikit masa memandangkan dirinya perlu mempertimbang pelbagai perkara sebelum membuat keputvsan.
Bak kata pepatah jika sudah jodoh tidak kemana, pasangan berkenaan akhirnya selamat mendirikan rumahtangga pada Oktober tahun lalu.
Sabri dan Angeline Tan sebenarnya sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin. Sabri dan Angeline sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak mereka berdua sama- sama terlibat dalam sitkom popular era 90an Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen bersetuju dengan tindakan Sabri dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa dengan kisah Sabri tersebut. Netizen kagum dengan tindakan Sabri yang berani berterus terang dengan isterinya itu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Siapa sangka hubungan persahabatan selama hampir 30 tahun ini akhirnya berakhir dengan menjadi pasangan suami isteri. Begitu kuat jodoh antara mereka berdua. Semuanya sudah di takdirkan oleh Allah. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga kan.
Sumber: tiktok sinar
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen