Entertainment
“Part ci0m dahi isteri paling kita suka, sbb tanda suami hargai dan cinta kita sepenuh hati” – Netizen
Setiap manusia telah di tetapkan rezekinya masing- masing. Rezeki setiap orang datang dalam pelbagai bentuk. Buat pelakon Elisya Sandha, beliau amat bertuah di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat dan menyayangi beliau sebagai menantu perempuan sulung. Perkongsian Elisya mengenai layanan baik ibu mertuanya Sheila Rusly sentiasa mencuri perhatian warganet di media sosial.
Sebelum ini, Shiela juga turut menawarkan diri untuk menjaga dan menguruskan Elisya bersama besannya Mama Sandha dalam menjalani proses berpantang. Elisya juga turut berkongsi beberapa makanan berpantang yang di masak oleh Shiela buat beliau.
Sebagai rekod, Elisya Sandha mendirikan rumahtangga bersama Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu. Uzair Haqimy merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penerbit Shiela Rusly. Elisya selamat melahirkan bayi perempuan yang di beri nama Bunga Elhaq pada pertengah bulan Jun tahun lalu.
Nama Bunga sendiri merupakan nama pilihan yang di cadangkan sendiri oleh Sheila Rusly buat pasangan berkenaan. Rata- rata warganet juga memuji keunikan nama Bunga ElHaq.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Elisya Sandha, satu video yang memaparkan beliau sedang memasak lauk kesukaan suaminya di kongsikan buat tatapan para peminat beliau.
Menurut Elisya, jika mengikut tekak mereka suami isteri masing- masing, seorang ingin makan masak lemak, manakala seorang lagi ingin makan masakan tempoyak.
Bagi menenuhi selera masing- masing, maka Elisya berkata beliau masak kedua- dua lauk tersebut.
Kongsi Elisya lagi, agak sukar juga buat beliau untuk mencari masa memasak. Namun beliau tetap ingat pesanan ibu mertuanya iaitu Sheila Rusly supaya sentiasa menjaga perut suami, dan di sebabkan itulah sekiranya beliau mempunyai cuti beliau akan berusaha untuk menyediakan hidangan buat suaminya.
Elisya juga berterima kasih kepada ibu mertuanya itu kerana banyak menurunkan ilmu memasak kepada beliau dan resepi masakan yang di turunkan pula semuanya agak mudah untuk di sediakan.
Mengintai ke ruangan komen pula, hantaran tersebut mendapat perhatian daripada ibu mertuanya Sheila Rusly sendiri. Sheila turut menulis komen memuji menantunya itu di atas juadah yang Elisya sediakan.
Netizen juga memuji bakat memasak Elisya apatah lagi Elisya mempunyai pakej lengkap sebagai seorang isteri kerana tidak hanya mempunyai wajah yang jelita tetapi pandai memasak dan mengambil hati suami. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Berselera ter0k tengok menu lauk kampung macam ni. Memang suka kalau tengok konten masakan yang di sediakan oleh Sis Sheila Rusly atau menantunya Elisya Sandha ni. Nampak menyelerakan tetapi mudah sangat nak sediakan. Elisya boleh jadi inspirasi buat para wanita di luar sana.
Sumber: ig elisyasandhaofficial
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen