Connect with us

Entertainment

“Part jaari jaari tu, aku terus rasa macam dalam filem seram, jaari keluar merayap dari bawah katil” – Netizen

Published

on

Jika baru-baru ini ibunya tidak ketinggalan mengikut trend cabaran ‘Asoka’ iaitu miming sambil bermekap sedikit demi sedikit sampai siap ala pengantin India, kini anak perempuan kesayangannya turut tidak ketinggalan. Biarpun dalam status hantarannya, anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B menyatakan dia dipaksa ibunya, namun menarik hasilnya.

Bagi netizen yang acapkali mengikut perkembangan Cik B pasti perasan yang gelagat gadis itu agak boyish, tapi kali ini berjaya dijinakkan hingga nampak sungguh perempuan sejati.

Ramai memuji bukan saja Cik B tetapi ibunya, DSV sudah ‘menang’ cabaran Asoka itu yang diakui bukan mudah untuk mengikut dan menghayati rentaknya.

Ya lah… Cik B dah nampak macam kunyah lirik je… cantik je mengikut miming. Dalam pada itu ada juga cuak melihat aksi Cik B dalam video ini.

Mana taknya, selalu kan Cik B tak mekap.. Sekali dia melawa, terus naik seri. Yang pasti, pernah juga berlakon, ekspresi muka Cik B dalam video ini memang tak dapat dipertikaikan lagi.

@cikb_havoc

My ASOKA Version forced by mum, @QU PUTEH BARULAH PUTEH #asokamakeup #asokamakeuptrend #asokamalaysia #cikb #bossb #cikbhavoc #cikbasoka #fyp #fypシ゚viral #onthisday #foryou #foryoupage

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

“In character la Cik B.. terbaik..”, “Cik B teramatlah molek kalau begini”, “Energy dia macam bukan kena paksa”, “Part jaari2 tu. Aqu trs rasa mcm dalam filem hrror. J4ri kua merayap dari bawah katil”.

“Ni macam cerita naagin. Yang makcik dia jahat tu”, “Biasa trend ni takde pemenang kan, tp actually shes the reallll winner”, “Kenapa aku tengok sampai habis”.

Itu antara komen netizen. Dalam pada itu ramai pula yang menyamakan Cik B dengan lelaki menggunakan nama di TikToknya sebagai Yuti.

Padanlah bila Yuti pun bila melakukan trend Asoka versinya dah nampak macam muka Cik B. Ada yang menyifatkan mereka mungkin boleh berjodoh. Begitu sekali netizen ya…

Apa pun ramai berharap Cik B dapat kekal dengan imej ‘gegadis’ seperti itu yang dirasakan lebih menyerlahkan femininisme dirinya. Mesti ramai yang cair. Tahniah juga DSV berjaya ‘paksa’ Cik B…

Sumber: TikTok Cik B

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending