Entertainment
“Perkahwinan sy dpt diselamatkan, sy dan isteri kembali rujuk pd 31 Ogos 2023” – Farid Kamil
Selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun bersama Diana Danielle berakhir, Farid Kamil mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh di media sosial beliau.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid, beliau dilihat sedang ‘bersuluk’ sambil disaksikan beberapa jemaah lain. Bersuluk merupakan proses mengasingkan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Bagaimanapun, beberapa hari lepas kecoh di media sosial apabila Diana Danielle dan bekas suaminya Farid Kamil dikhabarkan sudah berbaik dan dikatakan bakal kembali bersama. Farid akhirnya mengesahkan bakal rujuk kembali bersama Diana dalam masa terdekat dan merancang ke mahkamah syariah untuk proses selanjutnya.
Diana berkata kepuutusan yang dilakukan mereka berdua ini adalah kerana anak-anak. Ujar Diana lagi, dia juga melihat perubahan positif daripada mereka berdua. Apabila ditanya mengenai penerimaan keluarga, Diana berkata kedua-dua belah keluarga mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Kongsi Diana lagi lima bulan proses perceraian mereka adalah satu jalan untuk mempelaj4ri sesuatu dan mengukuhkan lagi hubungan mereka.
Menerusi satu perkongsian di Instagram buzzkini, satu video memaparkan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle di temu bual oleh wartawan di kongsikan semula.
Di dalam temu bual itu Diana menjelaskan mengenai status terkini hubungan mereka yang telah sepakat untuk menjalani proses rujuk semula selepas sebulan bercerai.
Farid turut hadir menemani isterinya pada petang itu namun tidak dapat bercakap kerana masalah kehilangan suara dihidapi sejak beberapa hari lalu.
Wartawan juga bertanya mengenai harapan Diana selepas selesai proses rujuk. Diana berkata dirinya berharap agar beliau dan Farid dapat menjadi pasangan yang boleh sentiasa memperbaiki kelemahan masing- masing dan boleh sentiasa menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Diana juga mengharapkan mereka berdua juga dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak mereka berdua iaitu Muhammad dan Aurora.
Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen bersyukur dengan berita gembira yang di kongsikan oleh Farid dan Diana berkenaan. Netizen juga memuji Farid kerana di lihat tidak pernah berpuutus asa untuk memujuk Diana walaupun selepas mereka berdua bercerai.
Netizen juga mendoakan agar jodoh pasangan ini akan berkekalan sampai bila- bila. Netizen berkata mereka juga tumpang gembira dengan pengumuman pasangan tersebut yang membuat kepuutusan untuk kembali rujuk demi kebaikan anak- anak. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Diana juga mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi kebaikan dua cahaya mata mereka. Kata Diana lagi, dia sangat gembira kerana Farid akan terus menjadi bapa terbaik buat anak-anak mereka.
Update terbaru dari Ig melodi, Farid dan Diana telah rujuk kembali pada 31 ogos 2023 setelah 21 hari bercerai. Semoga hubungan mereka kekal hingga akhir hayat
Sumber: ig buzzkini/ Meloditv3
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen