Connect with us

Entertainment

“Photostat papa dia, sori mama cuba lagi tahun depan” – Netizen

Published

on

Diucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan juga Ubai, suaminya kerana mereka telah berjaya menimang cahaya mata anak perempuan. Daripada perkongsian Shila Amzah mereka berkongsikan gambar anak perempuan mereka itu dan ramai yang memberikan komen-komen yang baik-baik kepada perkongsian tersebut. Beruntung memiliki cahaya mata perempuan apatah lagi pasti akan manja bersama papanya.

Anak perempuan yang memiliki seiras wajah ayahnya sudah pasti akan manja, dan cerdik orangnya. Dilihat anak Shila ini sangat iras dengan wajah suaminya bahkan ramai yang mengatakan ia adalah sama dengan suaminya. Tapi Shila sendiri tidak kisah akannya.

Anak mereka diberi nama Rhea Akiraa, sangat manis dan unik nama anak mereka. Seronok lihat wajah Shila dan Ubai yang semakin hari semakin matang dalam perhubungan suami isteri bahkan kini bergelar ayah kepada anak-anak.

Begitu juga mereka digemari oleh peminat dan netizen. Walaupun Ubai bukanlah antara selebriti akan tetapi beliau juga merupakan influencer yang terkenal sebelum daripada berkahwin dengan Shila. Jadinya beliau sudah memiliki peminat sendiri.

Perkongsian wajah anak mereka membuatkan ramai menyukai perkongsian ini. Bahkan ramai yang memberikan komen pada perkongsian tersebut.

Lihat lah perkongsian wajah anak mereka Rhea Akiraa, sangat manis apatah lagi baru sahaja dilahirkan sudah pand4i pula berikan senyuman.

Walaupun sarat hamil sebelum ini Shila masih aktif menyanyi, bahkan ketika dalam pantang inilah beliau akan berehat sepenuhnya namun ada ketika beliau menyatakan bahawa baru-baru ini beliau merasa seperti baby blues, iaitu perluk4n perhatian daripada semua dek kerana merasa tertekan.

Ramai yang mengucapkan ucapan tahniah diatas kelahiran anak kedua Shila, dan ramai yang melihat wajah anak keduanya ini seiras dengan wajah suaminya namun ada juga mengatakan dagu anaknya itu jelas kelihatan seiras dengan Shila.

Pelbagai komen melihat wajah anak Shila, netizen memberikan komen-komen pada perkongsian ini. Lihatlah antara komen-komem netizen semua. Anaknya juga comel dan sangat bijak apatah lagi pndai senyum pula. Lihat komen netizen.

Sebenarnya seiras dengan wajah sesiapa pun janji anak sendiri, sudah membahgiakan. Apatah lagi anak perempuan pastinya manja dan pada Shila beliau telah memiliki sepasang anak cukup melengkapi. Anak perempuan iras wajah ayah memang lembut orangnya kata orang dulu-dulu.

Sumber: ig shahilaamzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending