Connect with us

Entertainment

“Salam Aidiladha, segaknya anak dara” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 038f2ece51204b8f8c48d7c63385191d Scaled

Pelakon popular Faizal Hussein antara selebriti senior yang sudah lama menceburi bidang lakonan sejak zaman muda. Sehingga kini, Faizal masih setia dengan kerjaya beliau sebagai seorang pelakon dan masih menerima panggilan berlakon daripada pihak produksi.

Bahkan beliau telah berlakon sejak bertahun-tahun lamanya daripada generasi dahulu hinggalah ke generasi terkini. Siapa sangka, beliau masih kelihatan muda walaupun sudah berusia 57 tahun.

Mediapuyu.com 2fccd898e449ec4364194d00ccfcac5c

Faizal popular dengan gelaran Roy menerusi filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986. Zaman kini pun, ramai masih menggelarkan Faizal sebagai Roy dan juga masih melekat di memori peminat-peminat setianya.

Di sebalik kejayaan Faizal menerusi bidang lakonan, ada ahli keluarga yang setia menyokong perjalanan karier beliau.

Mediapuyu.com 1f5c22b17024c783c709bd413fe6f70f

Dan ketampanan Faizal telah diwarisi dua orang anaknya. Faizal telah berkahwin dengan isteri beliau iaitu Suhaila Sulaiman dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Faizal jarang berkongsi kisah keluarganya secara umum dan lebih selesa untuk fokus dengan kerjaya beliau. Namun baru-baru ini, beliau telah berkongsi foto keluarga menerusi posting di Instagram bersempena hari raya Aidiladha.

Dengan kapsyen bertulis ucapan sambutan Hari Raya Aidiladha, mata netizen lebih tertumpu kepada anak-anaknya terutama anak perempuan milik Faizal.

Mediapuyu.com 1125fd597d5a68bfb28d01987d031088

Ramai netizen memuji kecantikan anak perempuan Faizal menerusi ruangan komen. Lebih mencuit hati apabila ada sebahagian netizen sengaja mengusik Faizal dengan memanggil panggilan ‘Abah’.

Amboi, netizen pun pandai nak masuk line jadi menantu pelakon popular Faizal Hussien ye.

Mediapuyu.com B038f0a5f5fe4314395d40e4cfc066ab

Bapa pun dah kacak, inikan pula anak-anak. Confirm anak-anak Faizal pun cantik dan kacak ikut mak ayahnya hehe..

Sumber: IG Faizalhusseinofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!