Connect with us

Entertainment

“Sampai hati Abang Aslam biarkan Marissa makan meggi bakso sorang sorang” – Netizen

Published

on

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat bersama insan yang tersayang. Apatah lagi di saat-saat diri masing-masing diuji dengan pelbagai dugaan, seperti pasangan merpati dua sejoli yang kisah mereka sedang hangat diperkatakan baru-baru. Begitupun tampaknya seperti biarpun ujian berat perlu ditempuh, ia seakan makin mendekatkan hubungan Aslam dan isteri pertamanya Umisya.

Tabahnya seorang isteri menerima ‘madu’ hadiah daripada suami, padanlah seakan bertambah sayang Aslam pada Umisya seperti dapat dilihat dalam video dikongsikan Abang Tesla ini.

Terpancar kebahagian di wajah Umisya, walaupun nampak kepenatan hingga terlena di bahu Aslam. Sementara lelaki berkenaan ‘mendodoikan’ isteri tersayangnya itu.

Dalam pada itu, selain berada di samping isteri keduanya, Marissa yang juga anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi, ramai juga suka melihat pasangan ini.

Mana taknya mereka nampak ‘comel’ bersama selepas sebelum ini melalui detik didatangi orang baharu dalam kehidupan mereka. Nampak Aslam dah pandai membahagikan kasih.

@abg.tesla

Pandai @aslam dodoikan @Umisyamazlan 🥺 #abgtesla #umisyamazlan

♬ cukup kau di sampingku – ֆɨ ӄʊʀɨռ 🇹🇼

“Alhamdulillah we want more Aslam n misya”, “Terbaik abg tesla ajar Aslam untuk menghargai isteri pertama”, “Lelaki ni kawin la byk mana pun, yang first tu teta di hati”.

“Setia dan menghargai isteri pertama. Moga kekal sampai jannah”, “sblh kau tu dok nyanyi kn smpai tertido omei angat2″, “Sampai hati abg aslam biarkan marissa makan meggi bakso sorg2”.

Itu antara komen netizen yang tumpang bahagia melihat jalinan kasih pasangan ini. Dalam ada itu agak mencuit hati apabila tak kurang netizen melihat kelainan penampilan Aslam.

Kata mereka dia sudah nampak seperti penyanyi rap Caprice pulak. Gamaknya sebab Caprice biasa bergaya dengan topi dan cermin mata hitam sejenis begitu. Apapun janji Misya happy ya…

Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu, selepas lelaki itu dan Umisya yang sebelum itu berkahwin sudah mempunyai anak dua.

Sumber: TikTok Abang Tesla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending