Entertainment
“Saya kagum, mertua saya tak pernah tanya bila saya nak ada anak” – Elizad
Nama selebriti Siti Elizad yang dahulunya merupakan seorang pelakon kini lebih di kenali sebagai penyampai radio. Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, beliau mendirikan rumah tangga 11 Januari 2015.
Walaubagaimanapun beliau dan suaminya masih belum di kurniakan zuriat. Sebelum ini, Elizad pernah menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Seterusnya pada Mac 2022 pula Elizad memaklumkan kembali, beliau menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Kisah perit getir Elizad untuk mendapatkan cahaya mata juga turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam satu pertemuan Elizad dan Raja Permaisuri Agong itu baru-baru ini, Elizad merakamkan momen manis apabila perutnya diusap dan dikurniakan doa agar mendapat zuriat daripada Raja Permaisuri Agong.
Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin turut terharu apabila Permaisuri Agong berkenan menitipkan doa dan semangat untuknya agar tidak berputus asa berusaha mendapatkan zuriat.
Doa daripada Permaisuri Agong sangat mahal kerana beliau menjadi idola ramai wanita dalam perjuangan mendapatkan anak menggunakan kaedah IVF memandangkan Permaisuri Agong sendiri pernah membuat IVF sebanyak 17 kali sebelum di kurniakan anak.
Permaisuri Agong juga berkongsi pengalaman beliau menjalani sebanyak 17 kali rawatan IVF dan berharap Elizad tidak berputus asa untuk melakukan hal sama.
Ramai yang tahu Elizad berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan zuriat. Menerusi satu perkongsian di Instagram radio Sinar, kisah satu pemanggil mengenai perjuangan untuk mendapatkan zuriat telah menyentuh hati Elizad.
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga Elizad tidak dapat menahan sebak apabila mendengar luahan pemanggil tersebut dan beliau juga turut mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan demi mendapatkan zuriat.
Dalam linangan air mata Elizad berkata, tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui beliau sepanjang berubat dan berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.
Namun begitu, Elizad bersyukur dan kagum dengan kesabaran keluarga mentua dan bapa beliau sendiri yang tidak pernah bertanya mengenai soal anak. Malahan keluarga mentua juga tidak pernah memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.
Pada masa sama pelawak dan rakan penyampai radio Sinar iaitu Jep Sepahtu turut menitipkan nasihat buat Elizad agar tidak berhenti berusaha hanya kerana terkesan dengan mulut orang sekeliling.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tersentuh selepas mendengar nasihat daripada Jep selain turut mendoakan semoga Elizad diberikan rezeki untuk dikurniakan zuriat.
Netizen juga mendoakan Elizad peroleh rezeki zuriat soleh solehah dan terus menjadi wanita yang sentiasa memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Netizen juga merasakan Elizad bertuah memandangkan beliau di kurniakan mentua yang baik. Mentua yang baik pun adalah satu rezeki. Berikut di kongsikan komen netizen.
Apa yang penting selain berdoa dan bertawakal ialah asalkan Elizad tak putus asa dan tidak berhenti berusaha hanya kerana mulut orang. Jangan putus asa bila dah 10 tahun mencuba pelbagai cara.
Yang selebihnya berserah sahaja kepada Tuhan yang menentukan. InsyaAllah, ada tiba rezeki zuriat itu nanti apabila sudah tepat pada masanya.
Sumber: ig sinar fm
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen