Connect with us

Entertainment

“Saya tgk je rasa segan, nak promot jam je tp kenapa” – Netizen

Published

on

Makin lama sejak mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata ni, makin hot pula dirinya. Tampak kian ligat berlakon dan banyak tawaran-tawaran menjadi duta produk.

Itu rezeki melimpah anugerah yang diterima pelakon cantik yang juga adik kepada selebriti terkenal, Fasha Sandha ini. Sepertimana kakaknya, ‘saham’ Elisya Sandha juga nampaknya kian meningkat.

Bukan saja bertambah rezekinya, makin lama ramai juga mengakui dirinya tampak makin jelita. Tak hairanlah menjadi pilihan wakil bagi banyak jenama.

Rezeki sungguh buat Elisya. Seperti terbaharu dalam perkongsian hantarannya ini, jadi duta pempromosi produk jam tangan pun boleh…

Boleh tahan cantik sesuailah secantik orang yang menggayakannya. Bukan saja jam, sampaikan aksi lentik Elisya menggayakan aksesori itu juga menarik  perhatian netizen.

Lihat saj4lah komen-komen dicoret. Ramai memuji dan memperkatakan tentangnya. Yalah… jika dibandingkan dengan saiznya yang sebelum ini, kini Elisya tampak makin langsing.

Barangkali itu juga menjadi salah satu rahsia kecantikannya. Sama macam Fasha, makin kurvs, makin cantik pulak…

“Jam brand ape tu ? Serious ni”, “Adik kakak sama ja “, “Menantu sis sheila ke “, “Bila makin kurvs, makin s3ksi”, “Cuns sis…nampak klasik lawa…”, “Promote jam tangan kan..hmm.tapi..”.

Itu antara komen netizen. Begitupun dalam dia berkongsi aktiviti karier di belakang tabirnya itu, ramai juga yang berharap Elisya ‘lebih mvslimah’.

Risau gamaknya melihat dia berpakaian tanpa lengan berbaju pink yang nampak elegan dan klasik itu. Tambahan pula kini banyak isv sekitar yang terpalit.

Sudah pasti ramai yang sayang apatah lagi dia kini dalam lingkungan ahli keluarga selebriti yang mempunyai ramai peminat, seperti ibu mertuanya, Sheila Rusly. Sama-sama kita doakan…

Sumber: IG Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending