Connect with us

Entertainment

“Selamat pengantin baru Noh, semoga yg baik2 sahaja”- Netizen

Published

on

Penyanyi dan penulis lirik kumpulan Indie Hujan iaitu Noh Salleh di khabarkan bakal mengakhiri zaman dudanya pada 23 September depan. Pengesahan tarikh pernikahan penyanyi Angin Kencang dengan tunangnya Fatin Athira yang merupakan seorang peguam itu tertulis pada undangan perkahwinan yang sudah mula diedarkan.

Tunang Noh dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa itu merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Noh dan gadis berusia 30 tahun itu cepat serasi kerana berkongsi minat yang sama terhadap muzik. Fatin juga berkebolehan untuk bermain gitar dan menyanyi.

Sekadar info, Noh Salleh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat kepuutusan untuk berpisah pada Ogos 2022.

Hampir 11 tahun berumahtangga Noh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa. Noh dan Mizz Nina memperkenalkan anak angkat mereka kepada umum sekitar April tahun lalu.

Terdahulu, menerusi satu temubual yang di jalankan oleh sebuah portal daripada Indonesia, Noh berkata dirinya melalui kehidupan yang agak sukar selepas bercerai dengan Mizz Nina.

Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh pada mulanya diminta untuk mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya. Penyanyi kelahiran Sarawak itu kemudiannya menjawab salah satunya berjudul Manusia nyanyian David Bayu.

Lagu yang berjudul Manusia tersebut benar-benar satu refleksi terhadap dirinya yang ketika itu melalui detik sukar dalam hidup selepas perceraian.

Malah vokalis kumpulan Hujan itu memberitahu dalam tempoh itu juga dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya dengan bekas isteri sebelum bercerai iaitu Musa.

Sementara itu, meninjau ke media sosial penyanyi lagu Pagi Yang Gelap itu lagi, satu perkongsian terbaru telah meraih perhatian para netizen.

Menerusi instagram Noh Salleh, penyanyi indie berkenaan berkongsi satu foto terbaru yang memaparkan busana pernikahan beliau dan bakal isteri serba putih yang sudah siap.

Di fahamkan majlis perkahwinan Noh Salleh dan tunangnya Fatin Athira Mustapa itu akan berlangsung pada 23 September ini iaitu dalam tempoh lebih kurang 10 hari lagi.

Menjengah ke ruangan komen pula, perkongsian foto berkenaan di banjiri ucapan tahniah dan doa yang baik- baik daripada para peminat beliau.

Para peminat juga mendoakan agar jodoh Noh dan bakal isteri akan berpanjangan dan pasangan itu juga akan bahagia dengan perkahwinan kali ini. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.

Sebagai rekod, Mizz Nina mengejutkan pengikut di akaun Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu.

Bekas isteri Noh Salleh itu sudah menemui kebahagiaan baharu apabila mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) yang berketurunan Maghribi iaitu Essam Muhammad.

Sumber: ig mohammadnohbinsalleh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending