Connect with us

Entertainment

“Selera Jebat lain macam eh, cina mix jepun terus” – Netizen

Published

on

Semakin membesar anak dijaga bagai menatang minyak yang penuh, lazimnya akan semakin banyaklah akal dan keletahnya. Biasanya semuanya akan terakam dalam memori kedua orang tuanya.

Namun zaman media sosial sekarang rata-ratanya suka berkongsi tentangnya. Macam apa dilakukan ibu dan bapa kepada anak comel bernama Jebat Jayden ini. Dah popular macam ibu dan bapanya juga.

Jika dilihat perkongsian aktor, Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada pelakon, Nealofar iaitu Nabila akan peel anak mereka, Jebat nan seorang itu memang kebanyakannya mencuit hati. Dengan comel dan petah bercakapnya.

Macam video dikongsikan Sharnaaz kali ini lain pula. Dah pandai menyanyi lagu Cina dan Jepun pun kata netizen. Yang best tu.. yakin betul dia menyanyi macam betul je sebutannya. Ramai pulak tu netizen yang terhibur.

Kalau ikut kata Sharnaaz, sejak ber’awek (mempunyai kek4sih) Cina ‘campur’ Jepun, bukan main berlagu Jebat. Lagu dinyanyikannya tu dikatakan lagu berbahasa Cina. Dia nyanyi suruh ibunya lena dulu, coret Sharnaaz.

Adoiii kelakar sungguh Jebat. Kecil-kecil lagi dah berbakat ya. Ramai netizen di ruangan komen menyifatkan apa dilakukan Jebat dan aksinya sedikit sebanyak dan macam bapanya juga. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan…

“Boifren efforts camni kita bagi 200 marks”, “Panjang akal macam babah dia la ni.. hahaha”, “Pandai Jebat.. fefiling nyanyi untuk awek ka boy”, “Dengan reaksi mukanya… Nada part last tu menjiwai betul”.

“Dalam betul qolqolah tu baby”, “Kembang kempis hidungnya..”, “Allahu.. anak bertuah”, “Selera kau lain macam eh.. Cina + Jepun terus”, “Hanya baby saja faham malsud tersirat lagu tu”, “Aduh Jebat, mcm babalah”.

Itu antara komen netizen. Jika mengimbas perkongsian Sharnaaz di medsos sebelum ini, pernah juga dia bergurau bertanyakan awek bagaimana pilihan Jebat. Jawab jebat nak awek Mat Salih. Kali ni lain pula ya..

Macam faham je pulak makna awek tu ya… Yang bapanya melayan saja. Memang seronok betul anak umur sebaya Jebat ni dibuat kawan bersembang. Nak pulak bijak macam Jebat… Comel je dengar.

Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berp1sah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending