Connect with us

Entertainment

“Semoga ada jodoh mereka berdua..” – Zarina Zainuddin

Published

on

Pada tahun lalu, pelakon hebat drama televisyen ini pernah menyuarakan hasrat hendak mencarikan jodoh buat salah seorang anak kembar istimewanya, Azal. Bahkan pelakon, Zarina Zainuddin dilaporkan sanggup membayar gaji kepada wanita yang sanggup menjadi pasangan hidup anaknya itu. Sudahnya boleh tahan ramai netizen meng3cam dan mempertikaikan keupayaan anaknya untuk berumah tangga.

Senyap seketika tak berapa lama selepas daripada hal berkenaan, hari ini Zarina berkongsi foto Azal dengan seorang wanita dengan kapsyen statusnya, ‘Semoga ada jodoh mereka berdua’ selain tanda pagar #azalrahmah.

Rakan artis seperti pengacara dan pelakon, Shiera Ijoy dan Abby Abadi antara yang memberikan respons meng’aamiin’kan dan mendoakan. Adakah wanita itu bernama ‘Rahmah’ belum dapat pula dipastikan.

Begitupun, daripada riak wajah gadis bertudung gelap itu yang tampak ayu, dia kelihatan padan sungguh berada di samping Azal. Moga jika benar sepadan berjodoh, kedua-duanya mereka dipermudahkan urusan untuk mendirikan masj1d.

Dalam pada itu, tak kurang netizen yang menyatakan sokongan dan mendoakan yang sama seperti kapsyen Zarina. Pun demikian, dalam ramai menyokong Ada pula mempertikaikan sama ada pasangan itu dapat memenuhi tuntutan perkahwinan.

“Alhamdulillah lebih cepat lebih baik, jangan tunggu lama lama”, “Moga Allah mengangkat doa seorang ibu yg penyayang dan ikhlas utk melihat anaknya bahagia”, “Hensem Azal jg yg sabelahnya pun manis”.

“semoga yang baik2 akan datang”, “Semoga ada Jodoh Azal Amin”, “Semoga Allah SWT permudahkan”, “cantik… semoga keihklasan tue aderitk azal…ya allah semoga berkekaln jodoh mereka amin2”, “Harap wanita lain x cemburu yer”.

Itu antara komen netizen. Sehingga status hantaran Zarina itu dimuatnaik sembilan jam lalu, bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Zarina berkenaan perkongsian berita gembiranya itu.

Terdahulu Zarina menawarkan mahu membayar gaji kepada mana-mana wanita sanggup menerima anaknya seadanya untuk berkahwin, menjaga, mengurus dan membahagiakan anak kembar istimewanya iaitu Muhammad Razli Azral atau Azal, 26.

Mengimbas temubual bersama Media Hiburan, dia mendedahkan sanggup berbuat demikian selepas adik kembar kepada Muhamad Razil Azral atau Azil yang juga autisme pernah menyatakan niat untuk mendirikan rumah tangga.


Sumber: IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending