Connect with us

Entertainment

“Semoga kebahagiaan sentiasa milik Misya dan anak anak” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 2d8cf2743945d325adcea0c0fd34d324

Perkongsian video pendek yang menunjukkan wanita muda ini, Umisya atau Misya bersama suaminya, Aslam, menghadiri event produk untuk kanak-kanak bersama dua daripada tiga anak mereka baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Masakan tidak, kebahagiaan keluarga kecil ini jadi cukup menyentuh hati — pendekatan rileks dan mesra ini memancing sentimen positif kerana hingga kini soal rumah tangga mereka memang hangat dibincangkan.

Mini Turbo Fan Paling Padu

Pun begitu Misya kelihatan tetap tenang dan bahagia melayan kerenah anak-anak ketika berlangsung majlis promosi produk itu.

Mediapuyu.com 072b5ac0271e6dfc4b69ef2b76d0312f

Aslam juga dilihat mesra dan sabar melayan anak-anak sepanjang majlis. Ya… Sama seperti keluarga pasangan muda lain.

Ada yang menilai video ini mencerminkan ketenangan dalam keluarga kecil mereka meski kontroversi begitu terserlah sejak kebelakangan ini.

Mediapuyu.com 39a3d8460284b9e669ce66260727aaf5

“Semoga kebahagiaan sentiasa milik Misya dan anak3”, “Dah perfect sgt.. kenapalah nak kena kahwin satu lagi”.

“Dia wanita tabah, senyum dia tu buat hati semua sebak”, “Come family ni. Yg menyelit di tengah kebahagian org lain, itulah t0ksik sebenar”. Itu antara komen netizen.

Mediapuyu.com 8bbcabc77586004d9c946d8287ddeced

Walau diasak isu poligami dan kontroversi rumah tangga, video ni seakan mengingatkan bahawa ada ruang untuk bahagia meski di tengah dugaan.

Cuma kita mampu menitip do’a agar Misya terus dikelilingi kasih sayang anak-anak dan tetap kuat dalam perjalanan hidupnya yang penuh liku.

Mediapuyu.com 5a748224d100a4bd1adeb67ca940c7fa

Untuk rekod, Aslam dan Misya berkahwin pada Julai 2020, pernah melalui perceraian September 2023 dan kembali rujuk semasa tempoh idah.

Sementara perkahwinan Aslam dengan isteri keduanya, Marissa Dania dilangsungkan di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 dan kini sah di sisi syariah Malaysia.

Mediapuyu.com F51aa80de91bb85864945a1bd91dbbe7

Sumber: IG Umisya Mazlan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!