Entertainment
“Semua suami camtu, dia lain sikit bila dgn member” – Komen Netizen

Kalau melihat perkongsian selebriti nan seorang ini tentang suaminya di medsos, luarannya kelihatan lelaki tersebut ‘lurus’ dan ‘menurut perintah’ sahaja orangnya. Pun begitu, dalam pada dikatakan nampak seperti orang introvert, dirinya tetap sporting menghasilkan banyak konten menarik bersama isteri tersayang, Ain Edruce untuk disajikan kepada pengikut mereka. Menariknya, walaupun bukan seorang selebriti, tetapi Amirul Hafiz Mustaffa tetap bekerjasama dengan isterinya bagi tujuan itu hingga mempunyai peminatnya tersendiri.
Siapa sangka, kadang dengan wajah ‘slenga’ dan tanpa dia perlu berkata atau berbuat apa-apa pun sudah menarik perhatian netizen dan audiens terutama tika di pentas.
Sejak bernikah pada 13 Disember 2019, itulah ‘imej’ yang acapkali dibawa Amirul ketika bersama Ain semasa di luar dan di media sosial.
Bagaimana pun, perwatakan berbeza yang dibawanya seperti dalam hantaran video kali ini mengejutkan netizen. Sudahlah dia menyanyi dangdut, siap berjoget lagi.
Aksinya yang luar biasa itu bukan sahaja menimbulkan banyak respons netizen, tetapi juga agak mencuit hati apabila ramai mendakwa ada golongan suami memang sedemikian bila tak bersama isteri.
Pendek kata ramai di ruangan komen mengakui suami akan bertukar karektor apabila bersama kawan-kawannya seperti situasi Amirul dalam hantaran ini.
“Bukan semua ke suami macam tu? Ehhh”, “Ada je jenis laki gini…dgn family bergambar muka ketat cm oku… Dgn kawan2 kemain lg.. normal je”.
“Dia dlm dunia diaa.. dalam bubble diaa.. comfort zone dia. Sonoklah dia”, “Kalau dgn kawan2 dia la mastermind ya”, “Semua suami camtu… Dia lain skit bila dgn member”.
Itu antara komen netizen. Terdahulu dalam video itu, terlihat Amirul rancak menyanyi dan menari di pentas dikelilingi rakan sebaya yang bersorak sama untuknya.
Selalu perwatakannya nampak segan silu, berbeza sekali bapa kepada seorang cahaya mata bakal dikurniakan anak kedua bersama Ain itu kali ini.
Sumber: IG era.je
-
Entertainment1 year ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen