Connect with us

Entertainment

“Signature nyanyi sambil senyum tu mahal betul”- Netizen

Published

on

Aa Ink 1

Sehingga kini aura Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi masih belum boleh di tandingi oleh sesiapa. Sejak dari dulu lagi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat sentiasa menjadi artis yang menjadi inspirasi buat para peminat beliau baik dalam bidang seni suara mahupun bidang perniagaan.

Tokti memiliki suara yang lunak merdu dan mampu membawakan apa juga ‘genre’ lagu dengan cukup baik. Di sebabkan itu juga lah beliau di gelar sebagai penyanyi nombor satu negara.

Tokti 8

Baru-baru ini penerbit dan komposer terkenal dunia iaitu David Foster juga telah mengundang Tokti untuk menyertai beliau bersama beberapa rakan penyanyi dari negara yang lain dalam konsert David Foster and Friends Asia Tour 2023.

Meskipun mempunyai pengalaman yang luas mengadakan konsert sebelum ini, namun undangan daripada komposer terkenal berkenaan membuktikan pengiktirafan Komposer tersebut terhadap bakat yang di miliki oleh Tokti.

Tokti 5

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Tokti, penyanyi berkenaan memuatnaik satu video beliau yang sedang membuat persembahan di majlis anugerah TikTok.

Di ruangan kapsyen, Tokti mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam persembahan beliau di majlis anugerah Tiktok tersebut.

Tokti berkata beliau memuatnaik video yang di kongsikan oleh seorang penonton memandangkan video berkenaan lebih jelas menampakkan pergerakkan tarian beliau.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata Tokti merupakan seorang penyanyi yang mampu menyanyi dengan penuh perasaan.

Malahan nyanyian Tokti juga turut di sertakan dengan tarian yang lemah gemalai, lirikan mata dan gerak tubuh yang seiring dengan nyanyian serta persembahan beliau.

Tokti 7

Sebagai seorang penyanyi yang sangat berpengalaman, setiap persembahan daripada Tokti sentiasa di serikan lagi dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang daripada wajah beliau.

Di sebabkan itulah Tokti layak di gelar sebagai penyanyi nombor satu negara. Hanya Tokti yang berkebolehan untuk melakukan semuanya serentak dalam satu persembahan tanpa menjejaskan suaranya di pentas. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Tokti 6

Sementara itu, di antara komen komen lain yang di tulis oleh netizen juga apabila netizen menegur baby bump Tokti dan mempersoalkan sekiranya penyanyi nombor satu itu mengandung lagi.

Namun begitu komen berkenaan di sangkal oleh para peminat Tokti sendiri dan merasakan baby bump berkenaan berkemungkinan besar di sebabkan oleh pakaian yang di sarung beliau.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!