Entertainment
“Sorang Turki, sorang Kpop auhh” – Netizen
Kisah poligami yang tular membabitkan seorang personaliti media sosial baru- baru ini sedikit sebanyak telah memberikan tempias kepada para wanita yang bergelar isteri. Apa tidaknya, penjelasan yang di berikan oleh personaliti media sosial berkenaan yang memilih untuk bernikah kali kedua di sebabkan zuriat agak sukar untuk di terima oleh orang ramai.
Tindakan personaliti media sosial berkenaan juga turut mendapat reaksi daripada para selebriti yang turut menyuarakan pendapat terhadap isu berkenaan termasuk lah pelakon Anzalna Nasir.
Buat pelakon drama Dndam Aurora berkenaan, sekiranya seorang suami amat menyayangi isterinya cukuplah dengan menjaga perasaan isteri dan bukannya dengan bernikah kali kedua.
Bagi pendapat Anzalna sendiri, adakalanya luarannya si isteri nampak seperti redha namun dalam hati wanita berkenaan tiada siapa yang tahu.
Anzalna memuatnaik hantaran berkenaan di media sosialnya sebagai tindak balas terhadap isu yang sedang tular dan hangat di perkatakan ketika ini.
Anzalna juga meminta supaya para suami menghargai isteri mereka memandangkan sudah banyak pengorbanan yang di lakukan oleh para isteri termasuk lah melahirkan zuriat dan juga membantu dalam urusan membesarkan anak.
Menerusi hantaran yang sama juga, Anzalna sempat memberikan pesanan buat suaminya sendiri iaitu Hanif Zaki supaya tidak sesekali memasang niat untuk memberikan beliau madu dan beristeri dua.
Terkini, satu muatnaik terbaru di Instagram pelakon jelita tersebut, memaparkan Anzalna berkongsi gambar dua orang anak lelakinya.
Anak sulungnya Mohamad Eidrees Bin Mohamad Hanif yang kini berusia empat tahun dan anak keduanya Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang berusia satu tahun.
Bagaimanapun kapsyen yang di tulis oleh Anzalna di hantaran berkenaan pula yang menarik perhatian para peminat beliau kerana secara berseloroh mendedahkan mengenai perancangan beliau yang ingin hamil buat kali ketiga apabila bertanya ‘nak adik tak’ kepada kedua- dua anak lelakinya itu.
Anzalna kini meluangkan masa bercuti untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran suaminya Hanif Zaki di sebuah hotel mewah. Anzalna juga membuat kejutan kepada suaminya itu apabila menjemput semua ahli keluarga yang lain untuk meraikan sambutan hari lahir suaminya bersama- sama.
Mengintai ke ruangan komen pula, ramai netizen yang geram dengan kecomelan kedua- dua orang anak Anzalna berkenaan. Malahan gelagat dua orang anak lelaki Anzalna itu juga turut menarik perhatian netizen.
Netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap kapsyen Anzalna di hantaran berkenaan yang ingin memberikan adik baru buat dua orang anak lelakinya itu.
Netizen turut mendoakan supaya Anzalna di kurniakan seorang cahaya mata perempuan pula kerana telah mempunyai dua orang anak lelaki. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian gambar anak Anzalna tersebut.
Netizen suka melihat gelagat Anzalna serta anak- anak di media sosial. Selain geram dengan kecomelan kedua- dua orang anak lelakinya itu, netizen juga dapat melepaskan rindu melihat pelakon jelita berkenaan di media sosial beliau memandangkan beliau sudah lama tidak berlakon.
Sumber: ig anzalnanasir88
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen