Connect with us

Entertainment

“Steady je Tokti, sambil layan anak tetap meremang dengar suara Tokti. Afwa aktif betul” – Netizen

Published

on

Lagu berjudul Dawai merupakan lagu yang kini sedang tular di platform Tiktok dan sering menjadi pilihan para pengguna Tiktok sebagai lagu latar bagi video yang di muatnaik oleh para pengguna media sosial. Para peminat berkata lagu tersebut sangat memberikan kesan dan mampu memuatkan mereka berasa ‘goosebump’ apabila mendengar lagu berkenaan.

Lagu yang di nyanyikan oleh penyanyi seberang bernama Fadhilah Intan itu turut terpilih menjadi lagu runut bunyi bagi filem Air Mata Di Ujung Sajadah.

Fadhilah sebelum ini pernah berkongsi dengan para peminat beliau mengenai lagu tersebut yang mempunyai judul unik iaitu Dawai. Menurut Fadhilah, Dawai yang di maksudkan dalam lagu tersebut di gambarkan sebagai tali daripada alat muzik seperti gitar.

Jadi bila sering bermain gitar, sudah pasti kita mahukan bunyi yang indah dan tidak sumbang namun adakalanya tiba- tiba bunyi yang keluar itu sumbang.

Oleh itu, lagu Dawai sebenarnya menceritakan mengenai sebuah kehidupan yang tidak mungkin sempurna. Pastinya akan berhadapan dengan masalah, halangan dan cabaran sepertimana jalan cerita filem berkenaan yang mengisahkan tentang kehidupan sedih seorang wanita yang di khianati dalam perhubungan selain menyingkap perasaan di lema seorang ibu.

Jika sebelum ini lagu Dawai pernah di cover semula oleh penyanyi Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri dan Amsyar Lee. Kali ini penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau nama panggilan mesra daripada para peminat iaitu Tokti juga tidak ketinggalan turut menyanyikan cover lagu Dawai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram era.je satu video yang memaparkan Tokti sedang menyanyi lagu berjudul Dawai sambil menjaga anak lelakinya Muhammad Afwa di kongsikan di medium media sosial stesen radio berkenaan.

Suara gemersik penyanyi tersebut menerima pujian ramai dan penghayatan beliau ketika menyanyikan lagu tersebut tetap di rasai dan sampai kepada para pendengar walaupun Tokti menyanyi sambil melayani gelagat anaknya Afwa.

Di ruangan komen, video Tokti tersebut mendapat perhatian daripada penyanyi asal lagu Dawai iaitu Fadhilah Intan. Fadhilah juga berkata dirinya seolah ingin menangis melihat penyanyi nombor satu negara itu menyanyikan lagu beliau. Komen Fadhilah itu turut di sertai emoji ‘menangis’

Antara komen lain netizen pula berkata mereka meremang mendengarkan nyanyian Tokti yang sangat syahdu walaupun Tokti menyanyi sambil menjaga anak.

Netizen juga berkata lagu Dawai seolah menjadi lagu yang di nyanyikan sendiri oleh Tokti apabila mendengar versi nyanyian Tokti sehingga terlupa lagu tersebut sebenarnya nyanyian Fadhilah Intan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Kalau dah memang berbakat tu, nyanyi sambil jaga anak pun boleh sedap macam ni. Memang sesuai sangatlah gelaran penyanyi nombor negara yang di pegang oleh Tokti selama ni.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending