Entertainment
“Suka pula dengar suara Puteri Sarah menyanyi, cam unik sikit” – Netizen
Sudah setahun berlalu sejak terlerainya ikatan perkahwinan di antara pengarah tersohor Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Kemelut rumah tangga pasangan itu akhirnya menemui titik nokhtah sekitar bulan Jun tahun lalu apabila mereka berdua mengambil keputvsan untuk bercerai setelah tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah berdamai.
Meskipun hubungan sebagai suami isteri sudah terlerai namun Puteri Sarah masih lagi berhubung seperti biasa dengan ibu dan bapa mertuanya iaitu Datuk Yusuf Haslam dan Datin Fatimah.
Bahkan dalam perkongsian di media sebelum ini Datuk Yusuf Haslam pernah berkata bahawa beliau telahpun menganggap Puteri Sarah sebagai anak perempuannya sendiri dan tiada istilah bekas menantu buat beliau.
Apatah lagi Datuk Yusuf dan isterinya Datin Fatimah sendiri sering menyebelahi Puteri Sarah serta menunjukkan sokongan kepada Puteri Sarah dalam banyak hal.
Sewaktu hari perayaan pula, Puteri Sarah juga tetap pulang ke rumah Datuk Yusuf dan Datin Fatimah untuk meraikan perayaan dengan bersalaman, bermaaf maafan dan saling menziarahi sepertimana kebiasaan yang di lakukan olehnya di tahun tahun sebelum ini.
Netizen juga tersentuh hati melihat kemesraan yang terjalin di antara ibu bapa kepada Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah. Hubungan baik yang sangat erat itu tetap kekal terjalin biarpun Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
Menerusi satu perkongsian terkini di Instagram hotfm976, satu video yang memaparkan Puteri Sarah bersama Datuk Yusuf Haslam menjadi tetamu di konti radio tersebut telah di kongsikan buat tatapan para peminat.
Kedatangan anak beranak tersebut sebagai tetamu adalah untuk mempromosikan drama kepolisan terbaru yang di terbitkan oleh Datuk Yusuf. Puteri Sarah turut hadir untuk mempromosikan drama tersebut kerana terlibat sebagai pelakon bergandingan dengan beberapa lagi pelakon lain seperti Ramona Zamzam, Shah Iskandar dan Raja Afiq.
Di salah satu segmen yang di minta oleh penyampai radio, Puteri Sarah dan Datuk Yusuf perlu berduet untuk menyanyikan lagu Seiring Sejalan. Lagu tersebut di lihat cukup mudah untuk di nyanyikan oleh Datuk Yusuf namun Puteri Sarah kelihatan sedikit kekok untuk menyanyikan lagu berkenaan.
Gelagat mereka berdua yang agak malu-malu membuatkan penyampai radio juga tertawa menyaksikan ragam anak beranak tersebut.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen berkata suara Puteri Sarah agak unik sebagai penyanyi. Berikut di kongsikan komen tersebut.
Comel betul reaksi Puteri Sarah dan Datuk Yusuf yang saling malu malu untuk bernyanyi duet bersama. Keakraban antara mereka cukup membuatkan ramai netizen yang kagum dan terharu.
Kasih sayang Puteri Sarah dan Datuk Yusuf Haslam sebagai bapa mentua dan anak perempuan mengundang kesedihan di hati orang ramai yang melihat Datuk Yusuf dan isteri yang begitu menyayangi Puteri Sarah seperti mana anak kandung sendiri.
Sumber : ig hotfm976
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen