Connect with us

Entertainment

“Suka slide no 6, detik pertemuan kalian berdua dlm drama HSC”- Netizen

Published

on

Siapa sangka, bermula daripada lakonan namun akhirnya penjiwaan watak di dalam drama tersebut membawa ke alam reality. Begitulah yang berlaku kepada pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura. Umum mengetahui pasangan Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura merupakan pasangan yang telah bertemu dan bercinta setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella beberapa tahun yang lalu.

Ternyata takdir mempertemukan mereka berdua apabila di satukan menerusi drama berkenaan dan hubungan yang terjalin di lokasi sebagai gandingan teraju utama hero dan her00in drama menjadi reality kerana berakhir sebagai pasangan suami isteri.

Sebelum ini, pasangan romantik Fazura dan Fattah berkongsi dengan para peminat mereka bahawa mereka berdua merancang untuk memiliki zuriat kedua pada tahun ini.

Tidak di nafikan, ianya sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki. Meskipun begitu, Fazura mahupun Fattah tidak memilih jika mereka dikurniakan dengan zuriat perempuan asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Fazura mendedahkan bahawa beliau sebenarnya merancang untuk bersalin pada penghujung tahun ini memandangkan anaknya Fatima akan mencecah usia 3 tahun tidak lama lagi. Bagaimanapun, pasangan ini hanya berserah di atas ketentuan Tuhan.

Menerusi satu perkongsian terbaru Fazura di Instagram, selebriti wanita tersebut memuatnaik beberapa keping gambar beliau bersama suaminya Fattah bersama kapsyen manis ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Tahun ini merupakan tahun ke enam pasangan berkenaan telah mendirikan rumahtangga dan mereka berdua kini bahagia dengan kehadiran Nur Fatima Aisyah yang sudahpun menginjak usia 3 tahun pada bulan Oktober yang lalu.

Menjengah ke ruangan komen pula, para peminat pasangan romantik ini membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua.

Peminat pasangan ini juga turut mendoakan supaya hubungan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini berkekalan sampai bila- bila.

Antara gambar yang di kongsikan oleh Fazura itu adalah gambar di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang merakamkan detik awal perkenalan mereka berdua sebagai teraju utama di dalam drama berkenaan sehingga la timbulnya bibit percintaan dan kini sudahpun menjadi pasangan suami isteri.

Tidak kurang juga peminat yang mendoakan supaya perkahwinan pasangan ini bakal di serikan lagi dengan kehadiran anak kedua dan adik Fatima dalam masa terdekat. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tingg4lkan oleh netizen di perkongsian gambar Fazura berkenaan.

Pejam celik siapa sangka sudah enam tahun usia perkahwinan Fazura dan Fattah Amin. Hubungan pasangan berkenaan menjadi sangat sensasi sekitar penggambaran drama Hero Seorang Cinderella di jalankan memandangkan mereka berdua kelihatan sangat rapat dan serasi antara satu sama lain. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak kemana.

Sumber: ig missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending