Connect with us

Entertainment

“Sweet dah, tapi tang Janna ckp baby your ketiak bau, dekah ketawa terus”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 26d1da8a4b8d04c92710d2b765d85d07 Scaled

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti romantik Janna Nick dan Dini Schatzman yang sentiasa popular dengan kisah cinta mereka. Pengenalan selama lima tahun antara Janna dan Dini telah menjadikan pasangan ini sentiasa mesra di khalayak ramai dan menjadi perhatian netizen di laman sosial media.

Begitu pantas masa berlalu, sudah genap setahun usia perkahwinan Janna dan Dini. Pasangan merpati sejoli ini telah melangsungkan majlis yang gilang-gemilang bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

Mediapuyu.com 27845aeeeae777c5f54985eced9caca4

Bersempena ulang tahun perkahwinan yang pertama, Dini telah memuat naik sebuah video istimewa yang ditujukan khas kepada isteri tercinta. Menerusi video yang dimuatnaik Dini, beliau berkongsi momen indah sepanjang hubungan perkahwinan mereka.

Melihat sebahagian video yang dikongsi Dini, jelas terserlah sikap manja Janna terhadap suami kesayangannya. Dini juga berkata, Janna bukanlah seorang wanita yang bersikap dominan seperti yang ramai netizen perkatakan.

Mediapuyu.com C65b3a287b0969fd5163490ba6153ea3

Selain itu, Dini berkongsi kisah rutinnya bersama Janna yang dilakukan setiap hari termasuklah mandi bersama dan menyisir rambut Janna. Bagi Dini, rutin harian yang dilakukan itu adalah pelengkap hidupnya.

Dini juga menyatakan perasaan bersyukur apabila dapat memiliki Janna yang sentiasa menyokong dan membantu diri Dini menjadi lebih baik.

Beruntungnya apabila Janna dapat memiliki Dini yang romantik dan cukup lembut dengan isteri tercinta.

Mediapuyu.com 68a23b7ba61ba0d97ebb497a90977346

Sementara itu, ternyata ramai netizen yang meluahkan perasaan sebak selepas melihat video yang dikongsi Dini menerusi Instagram.

Rata-ratanya memuji kelembutan Dini terhadap Janna dan bertutur kata dalam nada yang cukup lembut.

Mediapuyu.com 8533945cb674790dc87997c74c753c4f

Video Dini telah menerima banyak reaksi yang positif daripada netizen dan ucapan doa yang terbaik buat hubungan perkahwinan pasangan selebriti popular ini.

Selamat ulangtahun perkahwinan buat Dini dan Janna, semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Sumber : Ig dinischatzmann

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!