Entertainment
“Sy pun nak balik dgn Adira, masalahnya Adira tak nak balik dengan saya” – Dato Red
Penyanyi popular Adira Suhaimi sering menerima tumpuan semenjak beliau telah bercerai dengan bekas suami, Dato Red yang juga popular dalam kalangan netizen. Kisah rumahtangga mereka sebelum ini pernah menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media. Namun selepas bercerai, Adira dan Dato Red masih berkawan baik dan bekerjasama dengan hal kerja yang tertentu.
Komitmen kerja yang melibatkan kerjasama Dato Red dan Adira membuatkan mereka kelihatan mesra meskipun sudah tidak bersama lagi. Sikap professional seperti Adira dan Dato Red sememangnya dapat dicontohi oleh semua pihak.
Melihat karakter Adira dan Dato Red, kita semua tahu mereka berdua seorang yang sporting dan melucukan. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak.
Menerusi video dikongsi di akaun Tiktok Putehhhx, akaun tiktok berkenaan berkongsi video screenshot Dato Red yang melayan komen-komen netizen menerusi Tiktok Live. Difahamkan Dato Red sedang mempromosikan produk dan rajin membaca komen netizen.
Salah seorang netizen memberitahu, mereka mahu melihat Dato Red dan Adira kembali bersama. Menerusi video berkenaan, Dato Red memberitahu beliau juga masih menyimpan perasaan untuk rujuk semula dengan bekas isterinya.
Namun kata beliau, Adira hanya selesa untuk berkawan sahaja dan tidak mahu memaksa Adira. Dato Red juga akui, beliau seronok berkawan dengan Adira ketika ini.
@putehhhx Replying to @Julia Jajuli Shop #abgred #datored #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimidatukred
Video berkenaan juga turut mendedahkan Dato Red sentiasa menghubungi Adira bertujuan untuk mengetahui keadaan anak-anaknya.
Sementara itu, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan kebanyakkan warga netizen mahukan Dato Red kembali bersama Adira kerana keserasian mereka.
Malah netizen juga mendoakan yang terbaik buat hubungan Dato Red dan Adira. Mereka juga memberi andaian apabila kata-kata Dato Red menerusi video tersebut boleh menjadikan hubungan Adira dan Dato Red rujuk semula.
Walau bagaimana pun, kita doakan yang baik-baik buat Dato Red dan Adira. Jika jodoh berpanjangan, boleh rujuk semula demi anak-anak.
Sumber: Tiktok Putehhhx
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen