Connect with us

Entertainment

“Tak behave betul Aslam haha, comelnya baby bump Misya” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 0a87ac6feac522b74e3ee63e546b842e

Sejak mendirikan rumah tangga dengan anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi ini, dari sehari ke sehari bukan sahaja dirinya, bahkan isteri pertamanya turut mendapat perhatian netizen.

Apatah lagi kedua ibu dan bapa Marissa Dania itu mempunyai peminat dan pengikut sejak sekian lama, sebagai netizen yang prihatin, pastilah perihal anak menantu mereka pun hendak diambil tahu dan secara tidak langsung mengikuti mereka di medsos. Hinggakan suami Marissa, Ahmad Aslam dan madunya, Umisya Mazlan juga mendapat perhatian.

Dek sering berkongsi gelagat masing-masing di media sosial mereka, sampai Aslam dan Umisya pun sudah ada peminat mereka tersendiri.

Mediapuyu.com A94be7078c5311cb75d27ad054c3dfd2

Baharulah nampak ‘watak’ sebenar mereka seperti dikongsikan dalam video hantaran kali ini. Siapa sangka p4ndai berjoget Aslam rupanya.

Agak mencuit hati apabila pelbagai respond netizen melihat caranya beraksi sedemikian. Ramai melihat padanlah Aslam tetap jadi pilihan Marissa walaupun menjadi no 2.

Mediapuyu.com B99ea43691abcb551a4e3d143a4cb1b9

Apa tidaknya, sudahlah berketrampilan ‘comel’, gelagat bersahajanya membuatkan lelaki anak dua dan bakal menimang cahaya mata ketiga itu kelihatan seorang yang lucu.

@_umisyamazlan

Maaafkan kami ya tak behave 😅 Jumpa live misya malam ni 9 pm ! Serum Skintint Mesya 🫶🏻

♬ original sound – kateyki 🇵🇸 – kateyki 🇵🇸

“Aduhai kesiannya si Aslam tu. Rasa x sanggup nak tengok gayanya..”, “Ehh ehh . Comel nya aslam macam British short hair”.

Mediapuyu.com 60efb43bee3be57d9d3a1911e1c0eb62

“Joget mcm anak sy bila nmpk mainan kt kedai. Selagi tk beli, cmtulah jogetnya”, “Aku xboleh laa dgn aslam ni..hadoww laa kelakar wehhh”.

“Baru thu bkpe marissa nk sgat ke aslam. Sb aslam lucu…”, “Makin menjadi tersuka korg terfollow”, “Hud nuh kt depn..geleng kepala..apo ayah aku ni..”.

Mediapuyu.com 619125f706a57b5de202973611655e36

Itu antara komen netizen. Apa pun moga dipermudahkan urusan Aslam dan Umisya dalam menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Terdahulu berita melaporkan Marissa Dania telah berkahwin dengan Aslam pada 27 Disember lalu, di Songkhla, Thailand. Moga kasih mereka kekal hingga ke jannnah.

Mediapuyu.com 39434e131a949e89d9e660ccdc5c63af

Sumber: TikTok Umisya Mazlan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!