Connect with us

Entertainment

“Tak boleh caras langsung ni kalau dah naik angin haha”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 01e50ad1a27b1e7bdd02b5d021f6e104

Anak- anak kepada pelakon Puteri Sarah Liyana sering menjadi perhatian netizen terutamanya anak kedua Puteri Sarah iaitu Sumayyah. Kanak- kanak perempuan yang comel tersebut baru- baru ini muncul dalam satu iklan kambing perap Pak Mat Western bersama anak kepada pasangan usahawan dan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

Di dalam video iklan tersebut, Jebat menjadi ‘pelakon’ utama apabila di lihat cuba mengambil hati Sumayyah. Gelagat Jebat yang sangat comel apabila mengucapkan ayat- ayat memikat Sumayyah cukup mencuit hati penonton.

Mediapuyu.com 26eef3cc505118fa8103d22cdd60784f

Terdahulu, di dalam video promosi Pak Mat Western sebelum ini merupakan kali pertama memaparkan pertemuan Jebat bersama anak Puteri Sarah iaitu Sumayyah.

Jebat juga sempat mengenyitkan mata terhadap Sumayyah membuatkan netizen teruja dengan gelagat Jebat yang n4kal dan suka mengusik.

Menerusi satu perkongsian di Instagram yang di wujudkan oleh Sarah buat kedua- dua orang anaknya iaitu syaikhulsumayyahofficial, satu video yang memaparkan Sumayyah sedang membebel kepada abangnya di kongsikan oleh Sarah buat tatapan para peminat kanak- kanak cilik tersebut.

Mediapuyu.com 69c27edcb0818668568c5ecee030b60e

Ternyata video berdurasi beberapa saat yang di kongsikan oleh Sarah itu begitu menarik perhatian netizen setelah beberapa hari lalu video gelagat comel Jebat Jayden memikat Sumayyah menerusi iklan kambing perap Pak Mat Western menjadi tular dan menjadi bualan netizen kerana gelagat comel pasangan kanak- kanak berkenaan.

Di dalam video tersebut, kedengaran suara Puteri Sarah juga yang meminta Syaikhul supaya berhenti bercakap untuk memberikan perhatian kepada latihan matem4tik.

Bagaimanapun Sumayyah kemudiannya mula membebel dalam bahasanya sendiri membuatkan Sarah menamatkan video pendek tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pula, gelagat kanak- kanak perempuan itu sangat mencuit hati netizen yang rata- ratanya terhibur dengan gelagat membebel Sumayyah berkenaan. Sumayyah bercakap dengan laju dan tidak jelas apa yang di perkatakan oleh Sumayyah di dalam video tersebut.

Tidak cukup dengan hanya membebel, mimik muka Sumayyah juga menjadi perhatian kerana tidak mahu berhenti bercakap walaupun sudah di tegur ibunya Puteri Sarah. Video berdurasi beberapa saat itu sehingga kini sudah meraih 6 ribu tanda suka daripada netizen.

Netizen juga turut mengaitkan nama Jebat Jayden memandangkan di dalam video promosi iklan sebelum ini Jebat berkata beliau ingin menjadikan Sumayyah sebagai bakal bini. Perempuan dan membebel sememangnya tidak dapat di pisahkan. Berikut di kongsikan komen-  komen netizen.

Mediapuyu.com 711f8bec4bb5f6110b92f21d1180601b

Apalah yang di cakap oleh Sumayyah kepada abangnya Syaikul tu ya.. lain macam reaksi wajah Sumayyah semasa membebel kepada abangnya. Comel je Sumayyah membebel kata bang Syaikul tu.

Sumber: ig syaikhulsumayyahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!