Connect with us

Entertainment

“Tak boleh ke kalau Kak Ratu jadi ibu Aisyah”- Ratu Farah

Published

on

Segelintir warganet sudah pasti mengenali gerangan seorang gadis bernama Ratu Farah Diva yang sering memuatnaik video ‘pickup line’ atau tarian sempoinya sehingga mencuit hati penonton. Gadis tersebut menggunakan nama samaran ratufarahdiva di laman sosial dan sering tampil dengan konten-konten yang kreatif.

Populariti Ratu juga semakin meningkat naik apabila ada pengguna tiktok yang lain turut menggunakan audio suaranya untuk di jadikan parodi.

Ratu juga semakin di kenali sehingga di panggil untuk tampil dalam muzik video lagu terbaharu usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Baby Sayang.

Menyingkap alasan sebenar penggunaan nama samaran Ratu Farah Diva, kata Ratu nama itu di inspirasikan daripada perkataan Queen yang membawa maksud permaisuri.

Ratu mengibaratkan dirinya sendiri sebagai permaisuri yang mempunyai sifat baik hati dan tidak s0mb0ng, malah percaya sifat seorang permaisuri adalah sentiasa bersikap positif sama seperti dirinya.

Dalam pada menghiburkan netizen dengan konten yang lucu di platform media sosial, Ratu turut memasang impian menjadi seorang pelakon.

Sejak kecil, Ratu mengimpikan untuk berlakon di bawah arahan pengarah terkenal Syamsul Yusoff. Selain minat kepada figura bernama Syamsul, dia turut j4tuh cinta dengan filem Bohsia dan KL Gangster yang di arahkan oleh pengarah berbakat besar itu.

Sebelum ini ramai yang salah faham kerana menganggap Ratu seorang insan istimewa sebaliknya Ratu merupakan seorang gadis biasa yang norman yang mampu menghiburkan orang ramai. Bagaimanapun Ratu bercakap agak pelat membuatkan orang ramai mempunyai anggap sedemikian.

Menerusi satu perkongsian di platform Tiktok Ratu berkongsi video beliau membuat permintaan kepada Aisyah Dhia Rana yang merupakan anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin untuk menjadi ibu baru kepada kanak- kanak perempuan berkenaan.

@ratufarahdiva

Kenapa Aaisyah tolak ratu jadi ibu dia? Sedihnya 🥺 #ArianiLebaran2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Bagaimanapun, Aisyah kemudiannya berjumpa Ratu memberitahu bahawa Ratu perlu berhadapan dengan ibunya Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta terlebih dahulu sekiranya mahu menjadi ibu Aisyah.

Jawapan Aisyah tersebut membuatkan Ratu memasang angan-angan untuk berjumpa dengan seorang suami yang mempunyai rupa paras yang kacak seperti suami Che Ta berkenaan.

Gelagat Ratu dan Aisyah di dalam video pendek berkenaan cukup mencuit hati netizen bagaimanapun netizen lebih terpegun melihat wajah terbaru Ratu yang tampil menarik selepas mengenakan solekan.

Di percayai adegan lakonan pendek antara Ratu dan Aisyah tersebut adalah demi menjayakan iklan bagi jenama Ariani Lebaran 2024.

Selain mempromosikan baju jenama tersebut, penampilan Ratu yang menarik membuatkan netizen tidak henti memuji pencipta konten berkenaan.

Netizen beranggapan bahawa antara solekan yang di kenakan oleh Ratu sebelum ini, solekan bagi menjayakan iklan jenama Ariani menyerlahkan lagi penampilan dan kecantikan Ratu.

Menerusi hantaran tersebut, Ratu kelihatan cantik serta manis apabila di solek ‘natural’ dan di gayakan dengan hijab yang sesuai oleh stylist sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Tidak kurang juga netizen yang menyamakan wajah Ratu seperti pelakon Elfira Loy kerana mempunyai kening yang tebal seperti selebriti wanita tersebut. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen terhadap Ratu.

Tak sangka solekan yang natural ini membuatkan ramai yang terpegun dan tidak menyangka Ratu boleh kelihatan cantik seperti di dalam video.

Sebelum menjadi pencipta konten, Ratu sebenarnya pernah bekerja sebagai pengurus kilang berdekatan kawasan rumahnya. Sama seperti gadis lain, Ratu turut mengimpikan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 28 tahun. Lelaki yang memiliki sifat romantic dan baik hati menjadi lelaki yang menjadi pilihan Ratu.

sumber: tiktok ratufarahdiva

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending