Connect with us

Entertainment

“Tak nak kalah bini bini dia weh”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 0925d09f75cdfd80fd1664592da00dc8 Scaled

Lagu popular yang dinyanyikan oleh ahli GISB telah menjadi trending di laman sosial media sehingga selebriti tempatan pun sempat mengikuti trending lirik lagu yang agak melucukan itu.

Industri hiburan juga mula sedikit sebanyak telah memberi pendedahan tentang ajaran sesat menerusi penggambaran drama yang bakal ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi iaitu drama Langit Ke Tujuh yang dibintangi barisan pelakon popular seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Faezah Elai, Chacha Maembong, Faradhiya dan ramai lagi.

Mediapuyu.com 863bc59dd09c7a61dafde611ad6a751d

Siapa sangka, penggambaran drama Langit Ke Tujuh itu kebetulan telah berlangsung sebelum terjadinya berita tergemp4r mengenai penangkapan ahli-ahli ajaran sesat di Malaysia. Memang sesuatu betul kan…

Sementara itu, video dimuatnaik Zamarul Hisyam di Instagram beliau telah mencuri perhatian ramai gara-gara video tersebut menggunakan lagu senaman ‘Abuya Skibidi’ yang popular di Tiktok.

Lebih lucu lagi apabila Zamarul Hisham bersama empat pelakon jelita di sampingnya turut sama melenggokkan bad4n ke kiri kanan sambil mengikut rentak lagu popular itu.

Mediapuyu.com Ab55e619a0e3f67580dd3458b4c1c4fa

Drama Langit Ke Tujuh yang dilakonkan oleh Zamarul mengisahkan kehidupan seorang pengamal ajaran sesat yang mempunyai empat orang isteri. Drama berkenaan dalam proses penggambaran dan masih belum selesai sepenuhnya.

Video dikongsi Zamarul menerusi Instagram telah menerima banyak respon daripada netizen dan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat barisan pelakon Drama Langit Ke Tujuh.

Malah video berkenaan telah menerima 200,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin. Terus viral video yang dikongsi oleh pelakon kacak ini.

Mediapuyu.com C20de98e7f5868122b4ffb29ea5c37fa

Selain itu, sebahagian netizen tertumpu kepada Nora Danish yang cukup menawan dengan penampilan terbarunya. Cukup manis dan cantik bertudung litup.

‘Lawa giler Nora sekarang ni suka tengok perubahan dia, amboi Nora pun dah terikut terjebak sekali lagu abuya ni’-Netizen

Mediapuyu.com F07ecb2c93a19e309849db4e5b9cde9f

Memang lawak la dorang ni, tak sabar nak tengok bila drama ni ke udara.

Sumber :Ig zamarulhisham93

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!