Entertainment
“Takut tengok muka Tokti maarah”- Netizen
Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi nombor satu negara dan mempunyai pelbagai nama panggilan yang di berikan oleh para peminat. Antara panggilan yang mesra di sapa sehingga kini adalah Tokti.
Namun sebagai para peminat sejati penyanyi tersebut, segelintir netizen kurang senang dengan panggilan Tokti kerana tidak menggambarkan nama sebenar penyanyi berkenaan.
Walaupun para peminat kurang senang dengan panggilan Tokti, namun buat penyanyi tersebut sendiri, sapaan sebagai Tokti tidak menjadi satu masalah besar buat dirinya.
Bagi Tokti sendiri, beliau tidak menganggap panggilan berkenaan menjadi sebarang masalah buat dirinya. Jika panggilan berkenaan menjadi satu masalah susah juga. Jadi Tokti berkata peminat boleh memanggil beliau dengan apa jua panggilan sama ada Tokti atau Kak Iti.
Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016. Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 6 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 3 tahun.
Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti juga banyak menimba ilmu daripada suaminya yang juga merupakan seorang usahawan terkenal.
Pelbagai produk yang telah di ceburi oleh Tokti termasuklah produk kosmetik, pakaian, minuman kesihatan dan juga wangian.
Baru- baru ini tular satu sedutan rakaman ketika Konsert Sebuah Epitome – Saya Siti Nurhaliza yang memaparkan suasana di sebalik tabir ketika konsert tersebut berlangsung.
Satu babak di mana Tokti masih belum memakai ear monitor dan meminta kru konsert menyediakan ear monitor berkenaan di saat akhir sebelum pentas di buka menjadi perhatian netizen.
Video yang tular tersebut merupakan video tanpa suara yang memaparkan reaksi wajah Tokti yang kelihatan sedikit marah dan menggesa kru terbabit di saat akhir untuk memasang ear monitor membuatkan netizen merasa terkejut memandangkan itu lah kali pertama para peminat melihat keadaan penyanyi lemah lembut tersebut dalam keadaan sedikit marah.
Selama ini Tokti di kenali netizen sebagai seorang penyanyi yang sangat lemah lembut ketika berinteraksi bersama para peminat mahupun sesiapa sahaja dan tidak pernah meninggikan suara beliau kepada sesiapa pun.
Apabila rakaman di sebalik tabir konsert berkenaan tersebar, ianya membuatkan para netizen merasa terkejut dan agak sukar untuk menerima situasi yang menampakkan penyanyi lemah lembut tersebut marah.
Setelah rakaman video tersebut menjadi tular, Tokti dengan segera memuatnaik sebuah hantaran di media sosial beliau berserta video sebenar yang mempunyai suara perbualan beliau ketika itu bersama kru berkenaan beberapa saat sebelum pentas di buka.
@sitinurhalizafan Bila Peminat Request Minta DS Siti Nurhaliza Marah 😂
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Jelas Tokti, rakaman video yang tular di internet tidak mempunyai suara membuatkan timbul pelbagai spekulasi yang tidak tepat mengenai keadaan beliau ketika itu. Oleh itu, Tokti mengambil inisiatif untuk tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Jelas Tokti, momen yang di kongsikan itu tidak melibatkan kemarahan sebaliknya ianya hanya reaksi dirinya yang cuak berdepan masalah teknikal di saat akhir.
Tokti juga menegaskan kepentingan penggunaan ear monitor kepada seorang penyanyi untuk mendengar muzik dan nyanyian apatah lagi ketika konsert besar.
Ketika sesi siaran langsung Tokti di platform tiktok, penyanyi berkenaan di usik oleh para peminat yang meminta untuk di marahi setelah tersebarnya video di sebalik tabir konsert berkenaan. Tokti kemudiannya hanya menyebut ‘haipp’ untuk mengusik kembali para peminatnya itu.
Tokti juga turut menjelaskan sekali lagi secara ringkas situasi yang berlaku ketika itu. Tokti juga berkata situasi berkenaan perlu di elakkan ketika sedang bekerja memandangkan penggunaan ear monitor merupakan satu keperluan penting. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Tokti ni marah pun cantik dan lemah lembut je sampai netizen mengusik minta untuk di marahi oleh Tokti. Walaupun reaksi wajah Tokti yang cuak di salah sangka oleh peminat yang menganggap Tokti marah namun Tokti cukup sporting melayani kerenah para peminat beliau.
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fans
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen