Entertainment
“Terbaik ayah dia ni, kat mana pun ada, mesti hantar”- Netizen
Melihat pelakon Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila masih lagi mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain, netizen sentiasa mendoakan supaya pasangan ini kembali berjodohan namun begitu, baru- baru ini Nabila telah mengeluarkan kenyataan supaya netizen hanya mendoakan anak mereka iaitu Jebat Jayden kerana beliau dan bekas suaminya Sharnaaz sudah mempunyai kehidupan masing- masing.
Sebagai info, netizen kembali mendoakan hubungan Sharnaaz dan Nabila ekoran rumahtangga Nabila dan Engku Emran yang telahpun rasmi berakhir baru- baru ini.
Umum juga mengetahui Sharnaaz kini sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Amelia Christie.
Malahan hubungan cinta pasangan pelakon ini semakin hangat di perkatakan setelah Sharnaaz secara terbuka membawa teman wanitanya itu ke malam gala filem lakonannya iaitu Polis Evo 3 baru baru ini.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Jebat Jayden, satu video di muatnaik oleh Nabila memaparkan suasana di lapangan terbang ketika beliau membawa anak lelakinya itu untuk pergi bercuti.
Video yang di kongsikan oleh Nabila itu menjadi sorotan netizen apabila turut kelihatan kelibat bekas suaminya Sharnaaz Ahmad di dalam video kerana berada bersama untuk menghantar mereka ke lapangan terbang.
Sharnaaz di lihat berpeluukan erat bersama Jebat Jayden seolah melepaskan rasa rindu sebelum Nabila membawa anak mereka itu untuk pergi bercuti.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan Nabila demi kebahagiaan anak mereka Jebat Jayden. Pasangan berkenaan saling bertolak ansur dan di lihat mampu bersahabat baik demi memberikan yang terbaik untuk Jebat Jayden.
Netizen juga memuji tindakan Sharnaaz yang tidak pernah mengabaikan Jebat dan sentiasa menghantar Jebat untuk kemana- mana sekiranya Jebat pergi bercuti bersama Nabila.
Sebagai rekod, sebelum ini Nabila pernah membawa Jebat untuk menunaikan umrah bersamanya dan Sharnaaz turut hadir ke lapangan terbang demi menghantar anaknya itu bersama Nabila. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Hubungan baik yang terjalin di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya usahawan Noor Nabila cukup menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri yang telah berpisah di luar sana.
Mereka berdua membuktikan bahawa meskipun sudah berpisah sebagai suami isteri namun hubungan sebagai kawan masih boleh di teruskan demi kebaikan anak yang sedang membesar.
Sumber: ig jebatjayden
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen