Entertainment
“Terbaik tak sorok pun muka baby” – Netizen
Siapa saja yang tak gembira dan bersyukur apabila selamat melahirkan zuriat dalam keadaan selamat dan sihat. Sudah tentu berkat doa keluarga terdekat dan netizen selain izinNya, rezeki pasangan selebriti ini mendapat kurniaan sedemikian.
Gamaknya dek itu pelakon dan model terkenal Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza berkongsi rupa paras si kecil kedua mereka.
Sejak dilahirkan pada 8.58 malam di Perth, Australia pada 31 Mei lalu Zairah dan Aiman sudah berkongsikan momen mereka di media sosial.
Ramai netizen tumpang gembira dapat melihat dan menyaksikan kelibat bayi mereka. Mana taknya lazimnya ramai selebriti lain menyorokkan wajah cahaya mata mereka.
Apatah lagi di saat insan kecil itu baharu saja menjengah dunia. Pun begitu, Aiman dan Zahirah nampaknya lebih sporting. Ya… sudah tentu bagi menzahirkan dan menyimpan kenangan bersama pengikut.
“Terbaik tak sorok pun muka baby”, “Isaac dah jadi abg. Terima kasih berkongsi wajah baby… Selamat berpantang Zahirah, “Dia tak kedekut pun tunjuk muka anak dia”.
@aiman.hakim.ridza Happynya abg isaac 🥹 #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #zahirahaiman #isaacraees #inararaisa #zahirahmacwilsonfc #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypage #foryou #foryoupage
“Baik Zahirah dan Aiman. Tak sorok pun muka baby. Semua dapat tgk. Semoga 2-2 sihat dan selamat berpantang”, “Aku minat sgt dengan 2 celebrity ni. Sporting”.
Itu antara komen netizen di ruangan komen. Terdahulu kelihatan anak pertama Aiman dan Zahirah bernama Isaac bersama neneknya mengendong cucu baharunya itu.
Keduanya-duanya kelihatan gembira di samping bayi diberi nama Inara Raisa itu. Turut di samping mereka seperti Zahirah yang masih di katil h0spital.
Empat tahun lalu, pasangan ini juga memilih Perth untuk melahirkan Isaac. Barangkali dek Zahirah mahu dekat dengan ibunya, Maslinda Yusoff yang menetap di situ.
Mestilah best bila berpantang dan dijaga dan ditengokkan ibu sendiri bukan… Buat Zahirah selamat berpantang dan tahniah buatnya dan Aiman. Seronoknya dah sepasang anak mereka…
Sumber: TikTok Aiman Hakim Ridza
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen