Connect with us

Entertainment

“Terima kasih kenalkan kami dgn Tuhan”- Ina Naim

Published

on

Mediapuyu.com Eb9689ed2972855dc6ac7dcab038277e

Meskipun beberapa bulan sudahpun berlalu sejak pemergian bekas penyanyi kumpulan In Team iaitu arw4h Suhaimi Saad, ramai para peminat penyanyi berkenaan yang masih terasa kehilangan pelantun lagu Kias Cinta tersebut. Para peminat juga turut menunjukkan sokongan moral terhadap Isteri arwh Suhaimi Saad yang juga merupakan seorang bekas penyanyi iaitu Ina Naim.

Ina Naima tau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim mendirikan rumahtangga dengan Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan berkenaan di kurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Mediapuyu.com 07f8fb1576691ba43c30bc0810e052e9

Tahap kesihatan arw4h Suhaimi mulai menurun apabila mulai batuk teruk sejak Ogos tahun lalu. Ia kemudiannya semakin merosot pada awal bulan Oktober selepas arw4h Suhami mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram menyebabkan arw4h akhirnya dimasukkan ke H0spital Sultan Ismail (HSI) mulai 10 November tahun yang sama.

Ina turut mendedahkan mengenai hasrat arw4h suaminya sebelum ini yang ada memaklumkan beliau hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan secara kebetulan pada 12 Oktober lepas usia arw4h suaminya itu telah genap berusia 43 tahun.

Mediapuyu.com 5272bdd0532e2bebd6d12599ddd4402c

Sebagai ikhtiar terakhir, arw4h sendiri telah meminta untuk di tidurkan dan arw4h meningg4lkan pesanan melalui isterinya untuk meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.

Katanya sebagai isteri arw4h, pihaknya juga memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arw4h suaminya. Arw4h Suhaimi Saad bagaimanapun telah disahkan meningg4l dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

 

@zatymael_

Kuatnya seorang Ina Naim 🥺 #inanaim #suhaimisaad #terimakasih

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Menerusi satu perkongsian terbaru di sesi siaran langsung Ina Naim, bekas penyanyi berkenaan berkongsikan situasi yang di laluinya sewaktu kehilangan suami tercinta beberapa bulan yang lalu. Sesi siaran langsung tersebut di kongsikan kembali oleh para peminat kepada pasangan berkenaan sebagai iktibar buat orang lain.

Ina Naim juga kelihatan sebak sewaktu menceritakan kembali detik- detik yang di laluinya apabila mengenangkan kembali saat terakhir dirinya menemani arw4h suami di h0spital bersama anak- anak.

Mediapuyu.com 99211eaf389f4d9bcbedc06432dc810d

Ina berkata pemergian arw4h suaminya itu sangat mudah dan menimbulkan keinsafan terhadapnya. Arw4h Suhaimi Saad juga banyak mengajarkannya ilmu agama dan memujuk isterinya itu untuk percaya kepada rezeki Allah dan hidup dalam keadaan serba sederhana.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang melahirkan rasa simpati dengan pemergian arw4h Suhaimi Saad di usia yang masih muda.

Netizen juga kagum dengan sikap penyabar yang di miliki oleh Ina Naim sewaktu melayari kehidupan berumahtangga yang serba sederhana.

Mediapuyu.com A2db3ea2071480e4311254beae498c59

Ina juga turut berkongsikan pesanan terakhir yang di tinggalkan oleh arw4h Suhaimi Saad kepada dirinya dan anak- anak yang sehingga kini telah menjadi penguat semangat buat dirinya untuk meneruskan kehidupannya bersama anak- anak.

Netizen turut berkongsi rasa sebak melihatkan Ina mengalirkan air mata menceritakan keperibadian mulia arw4h suaminya itu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap sesi siaran langsung Ina Naim berkenaan.

Mediapuyu.com A4777a7777db26cb56fce75b2c925f0d

Terbaru, Ina Naim telah menunaikan hasrat arw4h suaminya untuk membuka kedai dobi secara kecil kecilan di kampung mereka di Felcra Sungai Ara Kota Tinggi Johor. Menurut Ina, duit royalti arw4h suaminya itu di jadikan modal untuk membuka perniagaan tersebut.

Sumber: tiktok zatymael_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!