Connect with us

Entertainment

“The way Aurora and Muhammad tgk parents dia berkasih syg, so cute” – Netizen

Published

on

Bertuahnya bagi anak-anak yang membesarkan dengan limpahan kasih sayang ibu dan bapanya. Masakan tidak, kadang anak-anak kecil ini hanya mampu dipelihara dengan makan, minum, belanja sekolah dan tempat tinggal, tetapi kurang kasih sayang. Namun nampaknya kenyataan itu mungkin tidak buat dua cahaya mata pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil ini.

Melihat perkongsian keduanya di medsos bersama dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, anak-anak itu nampaknya begitu ceria dan bahagia.

Syukurlah kasih Farid dan Diana kembali bertaut selepas berpisah untuk beberapa ketika apabila isterinya itu membuat tuntutan di mahkamah hujung tahun lalu.

Lihatlah betapa bahagianya wajah kedua anak mereka, Muhammad dan Aurora dapat bersama ibu dan bapa. Melihat ibu bapa mereka berkasih sayang pun tampak teruja…

“The way Aurora n Muhammad tgk parents dia berkasih syg.. so cute”, “Happy for you both Cuz and especially for the kids, alhamdulillah all’s well that ends well”.

“Hahaahha comel je muka anak last video tu “, “Suka tang part Aurora dok ushar tuu xboleh blah.. haha”, “Selepas hujan pasti ada pelangi”.

“The love that u show for each other & being witnessed by ur children is truly awesome. Ini semua rahmat dari Allah”, “Kita pulak yg bergenang air mata”

Itu antara komen netizen. Ramainya yang terasa sebak dan terharu tatkala melihat kasih sayang keduanya kembali bertaut. Apa yang penting untuk anak-anak.

Terdahulu dalam status kapsyen video dikongsikan Diana membayangkan dirinya bersama keluarga sedang bercuti di Bali dengan pemandangan pulau.

Ramai betul tersentuh hati pada bahagian video terakhir dikongsikan apabila Farid memberikan kucupan mesra di dahi dan pipi Diana, pastinya sebagai simbol kasih suami pada isterinya.

Sumber: IG Farid Kamil

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending