Connect with us

Entertainment

“Tu dia bila legend cakap, kata yg penuh bermakna”- Netizen

Published

on

Dua pelakon yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Sabri Yunus dan juga Angeline Tan baru- baru ini mengejutkan para peminat apabila pasangan pelakon tersebut telah sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Angeline Tan menerima seutas rantai emas sebagai mas kawin. Pasangan itu telah dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di kediaman mufti berkenaan di Perlis.

Menurut sumber, Sabri dan Angeline Tan sebenarnya sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin. Sabri dan Angeline sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak mereka berdua sama- sama terlibat dalam sitkom popular era 90an Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992.

Hubungan mereka kemudiannya menjadi rapat dan merancang untuk berkahwin namun Sabri menunggu Angeline bersedia dengan rela hati untuk memeluk agama islam terlebih dahulu. Angeline khabarnya telah memeluk agama islam sekitar awal Oktober lalu dan menggunakan nama Ardini.

Sementara itu, temubual pasangan ini juga turut di kongsikan kembali di saluran youtube Astro Gempak di mana mereka berdua mendedahkan hubungan mereka berdua menjadi rapat semenjak perlaksanaan PKP tiga tahun yang lalu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram radio era.je pula, pasangan pengantin baru yang tular mendirikan rumahtangga setelah berkawan selama hampir 30 tahun itu di jemput untuk berkongsi kisah perkenalan dan fasa di mana mereka berdua serius untuk berumahtangga.

Sedikit sedutan video yang di muatnaik oleh stesen radio tersebut memaparkan pasangan pengantin baru itu berkongsikan sedikit sebanyak tips supaya pasangan di luar sana mendapat manfaat dan memperolehi kebahagiaan dalam percintaan.

Antara tips yang di berikan oleh Sabri Yunus dan Angeline Tan itu adalah untuk saling hormat menghorm4ti antara satu sama lain dan jangan pentingkan diri sendiri. Sabri Yunus juga menambah cinta itu merupakan satu anugerah dan menyifatkan individu yang tidak di anugerahkan rasa cinta sebagai kurang bernasib baik.

Angeline juga berkata, sekiranya merasa marah, kita perlu berfikir beberapa kali sebelum berkata- kata kerana kita akan memarahi orang yang kita cinta.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata pesanan yang di berikan oleh pasangan ini buat orang ramai sebagai cukup indah. Netizen juga tidak henti mendoakan supaya jodoh mereka berdua berkekalan sehingga ke syurga.

Selain di banjiri ucapan tahniah, netizen juga memuji kejelitaan wajah Angeline Tan setelah mengenakan hijab kerana kelihatan lebih lembut dan manis.

Malahan tutur kata Angeline Tan juga sangat lemah lembut dalam menyampaikan pesanan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Siapa sangka hubungan persahabatan selama hampir 30 tahun ini akhirnya menjadi pasangan suami isteri. Kuat jodoh antara mereka berdua. Semuanya sudah di takdirkan oleh Allah. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga kan.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending